Strategi pullback adalah salah satu cara entry yang mudah digunakan kerana setiap pergerakan harga itu ada turun naiknya. Untuk makluman anda, pullback ini adalah keadaan di mana apabila harga pasaran membuat reversal atau correctio dalam sesuatu trend yang sedang berlangsung.

Jika pasaran dalam keadaan uptrend, akan ada situasi di mana berlaku pullback iaitu candle membuat reversal sekejap sebelum meneruskan trend. Sewaktu berlaku pullback itulah anda boleh melakukan entry buy. Begitu juga situasinya jika keadaan downtrend.

Terdapat 5 keadaan pasaran yang membolehkan anda menggunakan strategi pullback ini iaitu seperti keadaan di bawah ini.

1. Breakout

Setelah harga pasaran membuat breakout, boleh entry di kawasan pullback. Entry menggunakan pullback ini dapat memberikan trader memaksimakan keuntungan di samping jika trader terlepas entry di kawasan breakout, boleh tunggu harga membuat retracement dahulu.

2. Support & Resistance

Anda juga boleh gunakan strategi pullback ini pada kawasan support & resistance sama ada ketika uptrend amhupun downtrend. Jika pasaran dalam keadaan uptrend, cari kawasan resistance yang berjaya di pecahkan sebelumnya dan harga membuat pullback kembali selepas itu. Anda boleh entry di situ.

3. Trendline

Menggunakan garis trendline juga membantu anda menggunakan strategi pullback ini di mana apabila harga membuat reverse kembali di kawasan garis trendline, anda boleh masukkan entry di situ.

4. Moving Average

Moving Average juga boleh digunakan untuk anda aplikasikan strategi pullback ini di mana setiap kali harga membuat pullback atau reverse di kawasan garis MA. Tapi seperti biasa, untuk setiap teknik ini memerlukan anda tahu bahawa pasaran sedang dalam keadaan ada trend. Barulah sesuai entry guna strategi pullback yang anda lakukan.

5. Fibonacci

Tools fibonacci juga boleh digunakan untuk strategi pullback ini. Tarik fibo dan lihat kawasan reversal manakah harga akan melakukan retracement dan entry di situ.

Sekali lagi diulang, untuk strategi pullback ini anda perlu pastikan bahawa pasaran dalam keadaan ada trend sama ada uptrend dan downtrend. Oleh kerana pullback ini adalah keadaan di mana harga membuat reversal sekejap di dalam trend yang sedang berlangsung.

Seperti di dalam trend menaik, harga akan membuat penurunan sekejap untuk mengambil nafas serta ambil order yang tertinggal di bawah sebelum meneruskan perjalanannya. Begitu juga apabila trend dalam keadaan menurun. Semoga sedikit penerangan ringkas berserta contoh chart ini mampu membantu anda memahami topik yang dikupaskan ini.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.