Setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan dengan PKP, akhirnya kita berjaya mengharungi dan menyambut Syawal. Walaupun agak sedih sebenarnya kerana saya tidak dapat pulang ke kampung berjumpa ayah dan keluarga, tapi ini satu pengorbanan besar demi kesejahteraan mereka juga.

Bila dah masuk syawal ni, raya memang rayalah. Walau tak meriah mana, sebab hanya bersama keluarga di rumah aje, tak dapat kunjung mengunjung atau ziarah sangat, tetap sambut juga. Dari tak ke mana, tak buat apa, bolehlah ambi lagi mood puasa yang masih ada ni untuk berpuasa 6 hari di bulan syawal.

Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA, meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa (sunat) enam hari dalam bulan Syawal, itu adalah menyamai seperti berpuasa selama setahun.”

Lepas dah sebulan puasa Ramadhan, kalau ditambah pula kita berpuasa 6 di bulan Syawal, maka pahalanya menyamai seperti kita berpuasa setahun tau. So, sama-sama lah kita memperbanyakkan amal ibadah sementara ada peluang lagi untuk kaut pahala.

Bagi yang mana ada puasa wajib yang tertinggal, seeloknya ganti dahulu yang wajib. Kemudian baru puasa 6. Itu yang seeloknyalah. Sebab kita tunaikan dulu yang wajib baru yang sunat. Barulah sempurna puasa kita kali ini.

Salam Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin dari saya, Ir Sofian..

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.