Apabila cakap aje soal trading, ramai yang bertanyakan soalan ini, iaitu berapa modal yang diperlukan? Sebenarnya soal modal ini bergantung kepada trader sendiri kerana masing-masing tidak mempunyai keupayaan yang sama. Saya sendiri faham ramai yang cuba untuk jadikan hasil trading ini sebagai duit tambahan kerana keadaan hidup yang sangat mencabar sekarang ini.

Oleh itu, sebenarnya soal modal ini bergantung kepada diri anda sendiri. Berapa yang anda ada? Berapa yang anda boleh jadikan modal?

Tapi, apabila berada dalam dunia trading, sudah tentu modal yang anda letakkan itu akan berada dalam keadaan berisiko untuk hangus. Sebab itu juga saya pernah sarankan agar anda tidak menggunakan wang kecemasan atau pinjaman. Sebab anda perlu faham jika duit anda lebur, maka itulah risikonya. Seeloknya anda gunalah duit yang jika hangus, anda tidak berasa ralat.

Dari sudut trading pula, saya selalu nasihatkan student saya agar follow rules Money Management (MM) supaya mereka dapat kurangkan dan minimakan risiko kerugian. Gunakan lot size yang bersesuaian dengan modal yang anda sendiri ada. Jangan terlebih overtrade hingga membuka ruang kepada kerugian atau Margin Call (MC) yang buat duit anda hangus.

Hari ni saya nak kongsikan pula dengan anda bagaimana untuk anda mengira modal anda mengikut rules MM ini. Di bawah ini adalah rules MM yang seharusnya anda follow apabila trade nanti. Saya berikan berapa nilai modal dan berapa nilai maksimun lot size yang anda boleh masuk dengan bermodalkan sekian sekian.

Modal                 Lot Size

$1000                   = 0.10

$100                     = 0.01

$5000                   = 0.50

$10,000                = 1.00

Sekarang, tanya pada diri anda berapa nilai lot size yang anda nak masuk?

Jika anda nak gunakan lot size 0.20, anda perlukan modal sebanyak $2000. Jika anda nak gunakan lot size 0.05, anda perlukan modal sebanyak $500. Dan nilai lot size yang paling kecil ialah 0.01 iaitu dengan modal $100.

Apabila anda mempunyai modal $100 dan lot size yang anda boleh guna ialah 0.01, maka transaksi atau entry yang anda boleh masuk ialah 1 kali entry sahaja. Dan anda perlu tunggu hingga ia ditutup dahulu, baru anda boleh masuk entry yang lain pula. Jika anda letak 2 atau 3 entry, bukankah lot size anda sudah menjadi 0.03 dan ia sudah melebihi dari rules MM yang ditetapkan?

Sebenarnya ada juga trader yang akan masuk beberapa entry walaupun mereka mempunyai modal yang kecil. Tapi, itu adalah risiko yang mereka sendiri sanggup untuk tanggung jika jadi apa-apa pada trading mereka. Apa pun keputusan adalah di tangan anda sendiri sama ada anda ingin mengikuti rules MM, mengambil langkah berjaga-jaga atau mengambil risiko yang ada.

Kalau tanya pada saya berapa modal sesuai untuk trade, saya akan jawab $1000 sebab ia adalah nilai yang sesuai dan selamat. Walaupun anda boleh guna lot size maksimum 0.10, tetapi anda juga boleh kurangkan lagi penggunaan lot size tu. Jadi anda dapat mengurangkan lagi risiko yang anda tanggung. Namun, jika ada yang bertanya lagi rendah, maka nilai $500 adalah jawapan saya. Itu aje lah tahap yang paling rendah yang saya boleh berikan. Ini hanya pandangan saya. Setiap orang kan ada pandangan berbeza-beza. Jadi terpulang pada anda juga untuk bermula dengan modal berapa. Asalkan anda mengambil langkah berhati-hati dalam trading.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.