Kebiasaannya apabila ada yang tanya saya berapa % sesuai untuk target profit sehari, saya akan jawab targetlah 1% sehari. Itulah paling-paling cikai atau rendah. Jangan tamak untuk target banyak-banyak pula. Sebab apa saya cakap macam tu?

Cuba anda bayangkan jika anda hanya target 1% sehari, untuk sebulan anda dah boleh dapat 20% keuntungan jika anda trade hari-hari. Anda rasa 20% untung sebulan tu banyak ke tak? Sebab ASB pun bagi 5% pulangan keuntungan untuk tempoh setahun. Yang ini setahun tau, bukan sebulan. Jadi nilai keuntungan 20% tu kira sepatutnya anda dah patut bersyukurlah kan.

Cuba pula anda lihat bagaimana saya buat calculation dari modal $1000 dengan target 1% untung sehari di bawah ini.

Dengan bermodalkan $1000 dan kita sasarkan target keuntungan yang bakal kita dapat adalah 1% sehari bermakna kita telah dapat sebanyak $10 sehari. $10 kalau dikalikan dengan Ringgit Malaysia dah ada dalam RM43 tau. Siapa nak bagi kan dalam Rm50 sehari? Boleh buat duit isi minyak kereta dah tu. Tak pun dah boleh buat duit belanja makan dah.

Macam mana pula nak mendapatkan 1% ni? Anda perlu gunakan lot size yang berhemah dan mengikut peraturan yang dicadangkan seperti lot saiz 0.05 digunakan untuk sekali trade dalam satu-satu masa. Bagi mendapatkan $10 dalam pasaran gold, anda hanya perlu mencari point atau pips (naik atau turun) sebanyak $2.00 atau 200pips sahaja. Untuk pasaran gold 200pips adalah mudah sahaja untuk diperolehi.

Jadi jika anda konsisten trade 1 kali setiap hari selama 5 bulan dengan anggaran 100 kali trade, anda dah boleh gandakan modal anda yang dari $1000 bertambah menjadi $2000. Sebab nilai keuntungan anda yang 1% sehari dah jadi 100% dah dengan 100 kali trade.

Mungkin bagi anda 5 bulan itu adalah satu tempoh yang lama, tapi okay lah kan anda dapat balik 100% keuntungan dari modal asal anda berbanding 5% setahun atau 20% setahun.

Tapi kalau anda rasa macam tak nak guna cara yang saya tunjukkan ini sebab anda nak lebih cepat lagi peroleh keuntungan, anda boleh guna cara kedua ini pula. Iaitu dengan langgar pantang larang money management(MM).

Calculation yang kedua ini adalah apabila anda menggunakan lot size yang melampau dari yang sepatutnya iaitu 0.25 berbanding 0.05 dalam calculation yang pertama tu. Lot size 0.25 tu dah buat anda gunakan 5 kali ganda lebih tinggi dari yang disarankan.

Walaupun return nya nampak menarik sebab anda boleh dapat 100% keuntungan hanya dalam tempoh 20 kali trade (jika anda trade 1 kali sehari) iaitu sebulan berbanding cara pertama yang makan masa 5 bulan, tapi anda kena ingat satu perkara iaitu pelaburan trading ini High Risk – High Return. Jadi bila diterbalikkan nak dapat High Return, anda berdepan dengan High Risk.

Risk ini adalah RISIKO. Anda dah sediakah untuk merisikokan modal anda yang $1000 itu dalam tempoh sebulan? Anda boleh terima ke jika modal anda $1000 ini hangus terbakar (burn) dalam hanya tempoh waktu sebulan aje? Jawablah sendiri dan fikirkanlah mana terbaik untuk anda. Nak follow cara pertama atau kedua bergantung pada diri anda sendiri.

Bagi yang ada simpanan dalam ASB, saja je saya nak tunjuk juga calculation tentang ASB ni.

Dalam dunia pelaburan, ada 1 simple calculation atau kita panggil rule of thumb untuk mengira berapa lamakah tempoh yang kita akan dapat pulangan dari hasil pelaburan kita. Macam yang cara pertama kita dapat 100% dalam masa 5 bulan. Untuk cara kedua pula kita dapat 100% dalam masa sebulan pula. Tapi bagi ASB pula, jika ASB dapat konsisten dengan keuntungan 8% setiap tahun, maka kita kan dapat jadikan wang pelaburan kita tu untung 100% dalam tempoh 9 tahun.

Bila lama tempoh keuntungan yang kita dapat, maka anda boleh tahu bahawa ia adalah pelaburan yang berisiko rendah. Macam ASB ini lah. Makan masa bertahun-tahun untuk anda dapat 100% pulangan keuntungan berbanding trading yang tinggi risikonya kerana anda boleh dapat keuntungan dalam tempoh yang singkat. Tapi kalau ada nak gandakan dalam tempoh lebih kurang 2 tahun dari modal yang sama, anda kenalah cari instrumen lain yang mampu bagi pulangan keuntungan daam 36% setahun.

Apa pun ini semua hanya berdasarkan calculation semata. Anda sendiri yang menentukan masa depan anda bagaimana. Calculation hanya menunjukkan jalan atau masa depan pada anda. Tapi anda sendiri yang bakal menentukan sepanjang perjalanan itu berjaya atau tidak.

Setkan dalam fikiran anda sebelum anda membuat keputusan bahawa trading atau pelaburan memang merupakan satu instrumen yang memberikan risiko pada anda. Jika anda tidak ingin tersungkur dalam risiko tersebut, pastikan anda mempunyai ilmu yang cukup sebelum terjun dalam bidang pelaburan yang anda inginkan.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.