Dunia trading adalah dunia yang penuh cabaran. Jika salah langkah, boleh menyebabkan trader tersungkur. Namun, dalam dalam penuh cabaran, tetap saya pasti di hati setiap trader ingin kekal lama dalam pasaran. Ingin jadikan ia sebagai pendapatan sampingan yang berjaya.

Oleh itu, hari ini saya bawakan kepada anda beberapa tips yang anda boleh amalkan dan gunakan untuk berada dan kekal lama dalam pasaran.

1) Buat perancangan

Nak menempuh badai dalam trading bukan boleh main rempuh je. Anda perlu ada perancangan dan persediaan secukupnya. Rancangkan satu persatu dengan teliti apakah yang anda inginkan, apakah yang anda nak lakukan, apakah yang perlu anda persiapkan, berapa banyak keuntungan yang anda inginkan, berapa banyak modal yang anda perlu sediakan, berapa banyak loss yang anda boleh terima, berapa kali entry yang anda nak buat, teknik apa yang anda nak guna, bila waktu anda nak trade, bila waktu anda nak study dan praktis, dan banyak lagi perancangan lain. Pastikan anda rancang sebaiknya supaya apabila bertemu badai, anda sudah siap siaga.

2) Guna teknikal analisis tanpa meninggalkan fudmental

Jika anda menggunakan teknikala analisis dalam menganalisis pasaran, pastikan anda tidak melupakan juga fundamental seperti melaihat waktu-waktu news besar berlaku. Juga ambil tahu serba sedikit isu semasa atau isu global yang boleh mempengaruhi perjalanan pasaran.

3) Guna tools trading yang dah mahir

Bila anda nak trade, nak buat analisis, gunakanlah tools yang anda mahir. Jika anda belum mahir, maka praktis lah selalu. Sebab dari tools tersebut akan memudahkan lagi proses menganalisis sebelum anda entry. Sebab itu anda perlu mahirkan diri.

4) Ada trading style tersendiri

Jangan terikut-ikut dengan cara dan gaya trading orang lain sebab tidak semestinya ia serasi dengan anda. Oleh itu anda sendiri perlu adan cara dan gaya trading anda tersendirii yang anda rasi dengannya. Anda sellau gunakannya dan mahir gunakannya dan tekniknya sangat membantu anda menganalisis. Jika anda rasakan tekni tersebut tidak sesuai dengan cara anda, tukar dan carilah yang lain pula sehingga anda jumpa yang bersesuaian.

5) Kira purata perjalanan pasaran

Nak trade pun kena tahu purata (range) pergerakan perjalanan pasaran. Ada masa julat tu besar, ada masa julat tu kecil. Jadi anda boleh tahu sejauh mana anda boleh lagi entry atau sejauh mana anda boleh letak TP anda.

6)Tahu berapa untung rugi

Anda kena tahu berapa untung rugi yang anda boleh terima. Jika nak untung banyak, anda juga harus sedia terima rugi yang banyak. Namun anda sendiri tahukan bagaimana untuk meminimakan kerugian tersebut? Bila dah tahu berapa untung rugi, jadi setiap entry anda itu sudah siap sedia dengan target yang anda inginkan. Jangan terlajak atau tamak apabila anda  sudah capai target anda.

7) Tahu bila waktu sesuai untuk hold dan bila nak cut loss

Dalam dunia trading akan ada masa pasaran tiba-tiba menjadi sedikit kucar kacir atau huru hara. Oleh itu, anda perlu tahu bila waktu sesuai untuk anda terus hold entry anda tau anda tahu bila sesuai untuk anda terus cut loss. Jangan biarkan entry anda itu tanpa pantauan sebab bila anda teragak-agak dan mulai hilang arah, teruklah entry anda nanti. Boleh jadi rosak atau mc.

8) Tunggu signal baru masuk bukan berharap

Jangan berharap harga akan pergi ke sana atau kesini. Ia takkan dengar cakap anda. Oleh itu jangan main masuk dan berdoa supaya entry anda itu menjadi. Tapi tunggulah wujudnya signal untuk anda entry baru entry. Sekali pun anda dah terlepas bas, jangan mengejar dan tunggu lah bas seterusnya sebab dikuatiri yang anda kejar tak dapat, dan yang anda sedang gendong berciciran.

9) Buy bila uptrend, Sell bila downtrend

Pastikan anda entry ikut arah trend. Buy bila keadaan uptrend dan sell ketika downtrend. Apabila anda entry dalam keadaan tidak tahu trend ataupun lawan arah, anda tidak boleh kekal lama dapam pasaran lebih-lebih lagi jika modal anda tidak sebesar mana.

10) Buat trading journal

Jangan lupa untuk sentiasa update jurnal trading anda. Jadikan ia sebagai diari anda. Rekodkan setiap transaksi supaya anda tahu transaksi mana yang telah ditutup dan transaksi mana yang masih dalam floating. Ini akan memudahkan anda keep on track dengan entry anda. Sebab ada trader yang terus terlupa dengan entry yang mereka lakukan apabila tiada rekod. Entah bila entry pun dah lupa dan sebab apa pun lupa.

Cukuplah dahulu ini tips yang dapat saya kongsikan hari ini. Untuk selanjutnya saya akan kongsikan di hari lain pula ye. Selamat bertrading dan jangan lupa jaga emosi semasa trade.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.