Strategi Channel

Dalam strategi trading, ada satu startegi yang dipanggil channel. Channel ini adalah dua garisan selari sama ada menaik, menurun atau mendatar. Ada orang panggil ia terowong juga sebab seakan-akan bentuk saluran terowong. Melalui strategi channel ini, anda boleh menggunakan strategi in dan out dalam pasaran khususnya anda yang merupakan scalping trader.

Bagaimana cara untuk in dan out tu?

Haa.. Bukan boleh sesuka hati anda in dan out dengan buy atau sell sebab anda nak tentukan buy atau sell anda kena lihat pada bentuk channel tersebut. Bagi channel yang menaik (upward slopping), anda boleh entry buy di kawasan lower channel. Kenapa buy? Sebab bila channel menaik maknanya pasaran dalam keadaan uptrend. Kan seeloknya anda entry mengikut trend?

Begitu juga apabila channel dalam keadaan menurun (downward slopping), anda boleh entry sell di garis upper channel kerana trend dalam keadaan downtrend. Manakala, jika situasi channel mendatar iaitu menunjukkan pasaran dalam keadaan sideway, ada dua keadaan yang anda boleh lakukan iaitu sama ada menghindarkan diri dari trade atau entry buy dan sell di kawasan upper dan lower channel. Sebab apa ada dua situasi? Sebab jika range sideway tersebut terlalu kecil, lebih baik anda tidak entry dan tunggu signal seterusnya.

Tengok gambar yang disediakan di bawah ini untuk pemahaman lanjut mengenai in dan out (entry buy dan sell) mengikut keadaan channel.

Tadi saya ada bagitahu pasal range kan?

Sebenarnya dari dua garis yang membentuk channel ini, anda boleh lihat sejauh mana range pasaran ini bergerak dengan mengukur ketinggian garis upper channel dan lower channel. Garis upper channel ini boleh dijadikan sebagai garis resistance, dan garis lower channel pula menjadi garis support.

Jika range channel tersebut besar, maka anda boleh entry buy dan sell menggunakan teknik in dan out atau target pips tertentu. Tapi jika range nya terlalu kecil lebih-lebih lagi bila nak ditolak pula dengan kiraan spread, lebih baik anda tidak entry dan tunggu hingga pasaran membuat trend baharu.

Macam mana?

Mudahkan nak faham cara gunakan channel ni? Lepas ni anda dah boleh berjinak-jinak melukiskan garis channel pada chart pasaran anda untuk buat analisis sama ada sesuai atau tidak untuk anda entry in dan out menggunakan channel.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.