Hari ni saya nak sembang berkenaan topik MOOD. Selalunya kalau mood baik, semua kerja pun terasa baik, tapi yang menjadi permasalahan adalah apabila kita menghadapi mood tidak baik. Dalam erti kata lain iaitu mood swing.

Sebenarnya ada banyak faktor yang mempengaruhi soal mood ini termasuklah dari hal peribadi, keluarga, masyarakat, kerja hinggalah bab makan minum pun boleh terkait. Perkara atau isu command yang sering kali menjadikan mood swing adalah bab duit. Lebih-lebih lagi bagi orang niaga yang berhadapan dengan situasi sales kurang dan akaun company pun mula kering. Itu yang boleh jadi punca berangin satu badan. Itu pasallah silap hari bulan satu ofis kena ‘kompang’ bila ada benda kecil yang tak kena.

Selain itu, perempuan juga selalu modd swing lebih-lebh lagi disebabkan isu ‘datang bulan’. Bab ni yang orang lelaki selalu kata hormon tak stabil waktu period yang menyebabkan orang perempuan jad emotional. Bagi yang sudah berkahwin pula ada isu lain pula. Bukan masalah hormon tak stabil, tapi masalah ‘makan tak puas’. Bab ni saya tak nak cerita deep lagi sebab nanti ada yang label saya ni melucah pula.

Selain mood swing yang dialami pasangan berkahwin, yang sudah ada anak juga boleh jadi mood swing yang melibatkan bab anak. Ada situasi anak malas lah, malas baca buku, malas sekolah, malas belajar, malas solat, malas mengaji, malas kemas rumah, malas masak dan banyak lagi lah malasnya. Itu baru topik malas, belum topik pasal bergaduh atau lain-lain.

Orang yang dah bekerja pula akan alami masalah gaji yang mana gaji baru masuk tapi dah kering sebab bayar itu ini. Bila gaji dah habis, kerja pula bos bagi melambak-lambak, mula lah mood swing.

Last sekali, saya nak bagitahu sebenarnya mood swing ni terjadi disebabkan tindak balas kimia dalam badan kita yang berpunca dari otak kita yang proses. Oleh sebab minda kita sendiri yang menjadikan isu-isu tersebut negatif, maka mood yang baik tadi telah berubah menjadi tidak baik ataupun swing. Semuanya berbalik pada minda kita, apa yang kita setkan.

Oleh sebab itu kita kena pandai mengawal segala gangguan yang mempengaruhi otak kita supaya kita boleh bertindak dengan lebih terkawal.

Di bawah ini ada beberapa tips yang saya nak kongsikan dengan anda macam mana anda nak kawal mood anda ini dari swing jika berdepan dengan isu-isu seperti yang saya sebukan di atas ini.

1. Pernafasan

Pastikan anda menarik nafas sedalam-dalamnya bagi memberikan diri anda oksigen secukupnya. Apabila oksigen cukup dalam badan anda, barulah anda akan kembali tenang dan boleh berfikir secara waras dan terkawal.

2. Beristghfar & Berselawat

Dengan beristighfar dan berselawat sebanyak-banyaknya dapat membantu anda merasa tenang semula lebih-lebih lagi apabila bacaan dari mulut tu selar dengan degupan jantung anda. Ia bagaikan magic sebenarnya sebab kalau anda buat, tak sampai 5 minit anda akan jadi normal semula. Inilah magic nya pada istighfar dan selawat.

3. Mandi, Solat & Sujud

Selain dari istighfar, anda juga boleh bersihkan diri dan mandi. Mandi ni dengan curahkan air ke ubun-ubun kepala anda supaya sejuk. Selepas anda dah rasa segar, sejuk, tenang, ambil wuduk dan solat lah. Masa solat tu anda sujud lama sikit supaya darah mengalir atau turun ke kepala. Barulah kepala anda mendapat oksigen serta darah yang cukup untuk berfikir dengan lebih baik.

Buat masa ini saya kongsikan dahulu 3 tips ini yang anda bole amalkan. Yang penting anda kena kawal mood ini sebaiknya. Psiko minda anda, brain wash minda anda supaya mood yang negatif ini pergi jauh-jauh dari merosakkan hari-hari anda.

Saya juga mengucapkan selamat hari raya korban buat semua yang dah mula turn on mood raya. Semoga perjalanan anda pulang ke kampung selamat. Dan jangan lupa untuk terus menjaga sop yang telah ditetapkan walaupun berhari raya.

*Posting asal ini diambil dari fb Ir Sofian.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.