Support & Resistance (SnR)

Sebagaimana yang anda tahu support dan resistance merupakan salah satu strategi yang wujud dalam teknikal analisis. Bagaimana untuk anda benar-benar memahami fungsi support dan resistance ini supaya ia dapat membantu anda menganalisis pasaran dengan lebih baik? Oleh itu, saya terpanggil untuk menerangkan dengan lebih mendalam tentang fungsi support dan resistance ini kepada anda. Anda boleh jadikan ia sebagai bahan bacaan, sebagai tambahan ilmu dan praktikkan dalam trading anda nanti.

Sebelum saya terangkan dengan lebih mendalam, saya akan terangkan serba ringkas kegunaan SnR ini dalam trading anda. Bagaimana SnR ini berfungsi?

1) Menentukan entry

2) Menentukan exit

3) Melihat trend pasaran

4) Melihat reversal

Apa Itu Support?

Support dalam istilah trading adaah merupakan kawasan, paras atau level harga yang menyokong pasaran untuk cenderung naik (uptrend). Dalam bahasa mudahnya, buyer akan masuk dalam pasaran untuk menaikkan semula harga apabila harga mulai capai pada level support ini.

Oleh itu, dari sudut entry, anda perlu fokus untuk entry buy sahaja dengan memerhatikan level-level support ini pada trend yang sedang menaik. Selagi anda yakin uptrend masih lagi menguasai pasaran, selagi itu anda boleh entry buy di kawasan support. Dan kawasan support ini juga boleh anda jadikan sebagai exit anda bagi position sell yang telah anda lakukan.

Apa Itu Resistance?

Resistance pula adalah kawasan, paras atau level harga yang menyokong pasaran untuk cenderung turun (downtrend) di mana seller pula akan masuk bagi menurunkan semula harga apabila harga sampai pada kawasan resistance ini.

Oleh tu, dari sudut entry, anda perlu fokus untuk entry sell sahaja dengan memerhatikan level-level resistance ini pada trend yang sedang menurun kerana ia meneruskan lagi perjalanan downtrend nya. Dan ia juga boleh dijadikan sebagai exit bagi position buy anda.

Lantai & Syiling

Sering kali saya maklumkan bahawa SnR ini umpama lantai dan syiling bagi harga pasaran yang sedang bergerak. Jika harga melambung hingga ke syiling (resistance) pasaran, ia akan melantun dan turun semula ke lantai (support). Begitu juga jika harga menjunam ke lantai, ia akan melantun semula ke syiling. Itu perumpamaan yang sering kali saya berikan untuk anda memahami akan situasi support & resistance dengan lebih baik.

Pertukaran Fungsi SnR

Seperti yang anda tahu, level support boleh bertukar menjadi level resistance (Support become Resistance) dan begitu juga level resistance boleh bertukar menjadi level support (Resistance become Support). Jadi seperti mana yang saya terangkan pada awal-awal tadi akan fungsi support dan resistance ni, begitu jugalah fungsinya berubah.

Support yang sebelum ini menyokong harga untuk terus naik setelah berubah menjadi Resistance juga berubah fungsi dan terus menyokong harga untuk turun. Begitu juga sebaliknya. Untuk mudah faham, saya jelaskan dalam bentuk gambaran di bawah ini.

Continues Trend & Reversal

Dalam SnR anda boleh lihat sama ada harga meneruskan trend pasaran atau membuat reversal berdasarkan kepada level SnR ini. Jika anda lihat harga melepasi level SnR dengan berjaya membuat brekaout (BO), maka ia meneruskan trend yang sedia ada. Dan jika harga membuat reversal pada level SnR dengan bounce semula pada level tersebut, itu menunjukkan ada reversal pada trend pasaran.

Jika anda melihat situasi seperti ini, apa yang boleh anda lakukan untuk entry atau exit adalah dengan melihat wujudnya pengesahan berlakunya breakout ataupun bounce pada level SnR tersebut. Dengan mengetahui sahnya breakout, maka anda boleh entry buy atau sell mengikut trend sedia ada di kawasan level tersebut. Dan jika sah berlaku bounce, anda juga boleh entry mengikut trend yang sudah reversal.

Namun, perlu anda ketahui juga ada juga level SnR yang kuat di mana level tersebut kerap dikunjungi oleh harga pasaran berulang kali dan berlaku rejection pada level tersebut. Itu bermakna harga cuba untuk menembusi level tersebut beberapa kali namun tidak berjaya. Sebab itu level tersebut merupakan SnR yang kuat. SnR yang kuat ini selalunya akan berlaku pengulangan semula selagi mana belum ada sesuatu impak yang kuat memecahkan level tersebut.

Macam mana?

Sudahkah anda memaham SnR ini dengan lebih mendalam?

Semoga sedikit penerangan saya tentang SnR ini membuka mata anda tentang betapa cantik dan indahnya fungsi SnR ni jika anda tahu bagaimana untuk gunakannya bagi mengambil peluang dalam trade anda.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.