Assalamualaikum & Salam Maal Hijrah.
Bersempena Maal Hijrah ni, saya ada sedikit perkongsian yang nak dikongsikan bersama anda semua. Sebelum itu, jom kita lihat semula apakah sejarahnya maal hijrah ini hingga diangkat menjadi hari special buat kita semua yang beragama Islam.
Penghijrahan Nabi
Awal Muharram atau dipanggil Maal Hijrah merupakan salah satu peristiwa penting bagi umat Islam di mana pada tahun 622 masihi, Rasulullah saw telah berpindah dari kota Mekah ke kota Madinah atas perintah Allah swt yang disampaikan oleh malaikat JIbril as.
Saya pasti ramai yang tahu sejarah penghijrahan nabi ini dengan lagu yang tidak asing tentang maal hijrah.
Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum muhajirin dan ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu masih semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Penghijrahan Rasulullah saw ke Madinah telah menyelamatkan beliau dari dibunuh oleh kaum Quraisy dan beliau telah berjaya membangunkan kerajaan Islam yang megah di Madinah.
Oleh sebab itu, sebagai umat Islam kita menganggap peristiwa bersejarah ini salah satu peristiwa penting yang kita peringati dan jadikan tauladan dalam hidup. Kerana Allah berfirman, “Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (Ar-Ra’d: 11).
Hijrah Trader
Seperti tajuk yang saya mention di atas, saya nak ceritakan tentang konsep maal hijrah ini dari sudut trader. Bagaimana sebagai trader kita boleh ambil pengajaran dari kisah penghijrahan nabi dalam trading kita.
Sebenarnya, jika kita lihat dari sudut positif hijrah ini bermaksud berpindah kepada lebih baik. Atau menjadi lebih baik. Sudah tentu konsep maal hijrah dari sudut trader ini adalah untuk melihat bagaimana trader berhijrah menjadi trader yang lebih baik. Lebih baik yang macam mana? Lihat contoh-contoh yang saya kongsikan di bawah ini.
Jika dahulu kita adalah trader yang suka menggunakan lot size besar dan merisikokan, bertukarlah menggunakan lot size yang lebih kecil dan berpada-pada. Tidak salah untuk menggunakan lot kecil. Walaupun keuntungan yang bakal kita perolehi mungkin tidak sebanyak lot besar, namun kita berjaya mengurangkan risiko kerugian yang tinggi dalam trading kita serta kita dapat kekal konsisiten lebih lama dalam pasaran.
Jika dahulu kita adalah trader yang cepat beremosi, maka kita perlu berhijrah dan ubah diri kita untuk berjaya kawal emosi kita. Ambil dan carilah tips2 yang bersesuaian untuk membuatkan diri anda lebih tenang dan dapat kawal emosi dengan lebih baik. Jika kerap kali menghadap chat atau market akan buat anda jadi tidak keruan dan beremosi, maka kurangkanlah jadual anda untuk menghadap chart. Anda sendiri boleh susun jadual trading anda sendiri.
Jika kita dahulu trader yang suka cedok ilmu sana, cedok ilmu sini tanpa lengkap, berhijrahlah jadi trader yang benar-benar berilmu. Kalau nak dapatkan ilmu lengkap, pergilah berguru atau subscribe silibus yang lengkap. Jangan biarkan kita tetap kekal ditakuk yang lama. Jika anda rasa anda betul-betul nak jadikan trading sebagai sumber pendapatan anda, maka berusahalah berubah untuk mengambil serius dalamnya.
Apa lagi hijrah trader yang anda boleh lakukan? Anda sendiri boleh senaraikan untuk diri anda sendiri. Selamat menyambut Maal Hijrah dan semoga kita semua dapat berubah ke arah yang lebih baik.