Sebagai seorang trader yang berkecimpung dalam dunia trading tidak akan lari dari melihat paparan chart pasaran sebelum membuat sebarang keputusan entry. Bagi saya, sebagai trader ilmu membaca naked chart adalah penting kerana dari situ anda boleh tahu sekali imbas bagaimana keadaan pasaran sama ada tengah ada trend atau pun sideway.
Saya sendiri pun suka melihat naked chart sebelum nak entry. Sekurang-kurangnya tahu situasi pasaran sebelum nak analisis. Bagi yang belum faham naked chart tu apa, ia adalah chart kosong bagi paparan pasaran yang hanya ada turun naik harga dan tarikh aje. Paparan chartnya masih suci sebab belum dikotori lagi dengan drawing guna tools trading serta tiada tambahan indicator langsung di dalamnya. Inilah dia chart kosong.
Sebenarnya jika anda faham macam mana nak tengok naked chart ni, ia akan sangat membantu anda dalam nak menganalisis pasaran dengan lebih baik.
Jika pasaran sedang menunjukkan downtrend, sudah tentu analisis anda lebih mudah kerana anda akan ebih fokus untuk entry sell berbanding buy. Begitu juga jika pasaran dalam keadaan uptrend. Sudah tentu anda akan lebih fokus menganalisis untuk mencari tempat nak entry buy. Dalam nak memahami naked chart ni, ada satu ilmu yang perlu anda tahu saya tahu tak semua orang mampu nak baca naked chart dengan sekali imbas atau pandang. Sebab ada jenis trader yang matanya tak boleh nak lihat terlalu banyak garis-garis harga naik turun. Terus jadi confuse pasaran sedang up atau down.
Oleh itu, anda perlu tahu ilmu wave yang mana akan menjelaskan kepada anda pasaran sedang dalam wave apa. Atau adakah pasaran sedang membuat correction. Di bawah ini saya tunjukkan pada anda 2 naked chart iaitu H1 dan H4.
Jika anda lihat pada naked chart H1 ni mungkin anda akan keliru sama ada pasaran ni sedang sideway, downtrend ataupun uptrend. Jika anda lihat High-Low, selepas Low, ada new high. Ini menunjukkan pada h1 market tengah uptrend. Cuba pula anda lihat pada timeframe yang besar sedikit iaitu H4 untuk buang kekeliruan anda.
Dalam timeframe H4 ni menunjukkan bahawa pasaran sedang dalam keadaan downtrend kerana harga tertinggi yang terkini masih belum berjaya memecahkan harga tertinggi sebelumnya. Ini kita panggil konsep high & low. Tapi jika anda lihat pula pada harga terendah pun sama ini bermakna ia sedang dalam keadaan membentuk sideway. Sekali imbas saya lihat ada tanda pattern symmetrical triangle.
Macam mana pula dengan anda?