Chart pattern jenis triangles ini sebenarnya ada 3 jenis iaitu Symmetrical Triangles, Ascending Triangles dan Descending Triangles. Bab chart patter ini anda boleh dapatkan dalam buku Mudahnya Belajar Teknikal Analisis yang AJL keluarkan atau pun lihat infonya di fb pages saya.
1. Symmetrical Triangles
Chart pattern berbentuk symmetrical triangle ini merupakan salah satu signal trend bakal meneruskan perjalanan trend yang sedia ada. Maksudnya, jika trend dalam keadaan menaik, maka pasaran akan meneruskan uptrend. Dan anda boleh entry buy selepas harga membuat breakout di garis resistance symmetrical triangle.
Dan jika trend dalam keadaan menurun, maka pasaran akan meneruskan downtrend. Anda boleh entry sell sama macam mana anda entry buy. Iaitu selepas berlaku confirmation, body candle telah melepasi garis support pada symmetrical triangle.
Manakala, dari sudut meletakkan nilai take profit pula, anda boleh kira dan ukur jarak ketinggian antara garis support dan resistance bagi symmetrical triangle tersebut. Ukur nilai tinggi dan nilai terendah pada garis tersebut, dan nilai ukuran jarak itulah yang anda boleh jadikan nilai target profit anda.
Namun, ada juga situasi di mana symmetrical triangle ini muncul dari ketidaktentuan hala pasaran, iaitu ketika sideway. Jika situasi sedemikian, anda perlu tunggu hingga wujudnya confirmation di mana body candle telah breakout dari garis support dan resistance symmmetrical triangle dan tutup. Setelah yakin breakout tersebut, baru anda boleh entry berdasarkan confirmation yg diberikan.
2. Ascending Triangles
Selain symmetrical pattern, terdapat juga bentuk ascending triangle pattern. Bentuk formasinya lebih kurang seperti symmetrical, cuma yang membezakannya adalah keadaan garis resistance pada triangle ini adalah mendatar. Jika anda melihat chart pattern ini, ia menunjukkan signal bahawa pasaran akan meneruskan trend bullish atau uptrend.
Untuk entry, anda boleh entry buy selepas harga pasaran membuat breakout pada garis resistance triangle tersebut. Boleh guna cara yang sama seperti dberitahu di atas tentang nak letak target profit.
3. Descending Triangles
Jika ascending triangle menunjukkan trend akan terus bullish, maka descending triangle pattern pula menunjukkan signal pasaran akan meneruskan trend bearish. Formasinya sama seperti ascending, cuma dalam keadaan terbalik di mana bermula dari keadaan pasaran dalam keadaan downtrend. Kemudian pembentukan descending triangle muncul di mana garis supportnya dalam keadaan mendatar.
Anda boleh entry sell selepas harga pasaran membuat breakout pada garis support tersebut. Untuk target profit pula, anda boleh gunakan teknik yg sama seperti symmetrical triangle atau pattern sebelum ini iaitu dengan mengukur jarak harga tinggi dan harga rendah antara garis support dan resistance. Nilai pips tersebut jadikan sebagai target profit anda.