Di dalam dunia trading sudah tentunya trader tidak akan dapat lari dari mengalami keuntungan mahupun kerugian. Namun, terdapat juga cara bagi trader mengawal risiko kerugian daripada terlalu tinggi atau hangus terus iaitu dengan meletakkan stop loss (SL) pada entry mereka itu.

Namun, stop loss ini perlu digunakan dengan betu kerana jika tersalah letak juga akan menyebabkan anda kerugian juga. Jadi hari ni saya nak kongsikan dengan anda bagaimana kaedahnya untuk anda menggunakan stop loss ini dengan betul.

1. Risk Reward Ratio

Anda boleh letakkan stop loss dengan mengira nisbah risiko dan profit anda. Boleh ambil nisbah 1:1 atau 1:2 di mana 1 itu adalah risiko yang anda tanggung. Nisbah 1 atau 2 pula adalah nilai keuntungan anda. Kalau dapat nisbah 1:2 adalah lebih cantik lagi. 

Mungkin ada yang tak berapa faham macam mana nak letak stop loss tu. Sebenarnya begini, masa anda masuk entry, anda dah boleh letakkan target stop loss ni guna nisbah ni. Sebaga contoh, anda entry pada price $1700usd/oz. Risk Reward Ratio yang anda inginkan adalah 1:2. Jadi anda letakkan untuk keuntungan sebanyak 200pips. Jadi kerugian yang anda perlu tanggung adalah 100pips. Jadi bila entry, anda letak target TP pada $1702 dan target SL $1699.

Boleh faham kan?

Mudah aje. Ikut pada berapa nilai points atau pips yang anda letakkan. Jika 80points untung, 40 points rugi. Ini untuk nisbah 1:2. Tapi kalau anda letak 1:1, jadi berapa banyak nilai yang anda nak untung, sebanyak itu jugalah rugi. Contoh anda nak untung pada $1701, anda letak SL pada $1699. 

2. Breakeven SL

Breakeven stop loss adalah stop loss yang anda letakkan pada tempat breakeven. ia boleh digunakan ketika anda menghadapai situasi di mana harga bergerak tidak mengikut target TP yang anda targetkan. Jadi, anda boleh buat analisis dan letakkan SL pada tempat yang breakeven.

Maksudnya apabila harga patah balik semula, anda tutup dengan zero loses. Tapi itu juga bermakna anda tutup dengan tiada keuntungan. itulah maksud breakeven. Boleh jadi anda letakkan breakeven SL ini disebabkan kerana anda takut pasaran tidak akan pergi ke target TP anda dan boleh jadi anda akan menghadapi kerugian yang lebih teruk jika tidak ditutup dengan segera. 

3. Trailing SL

Cara trailing SL ini lagi best tau sebab ia adalah stop loss yang bergerak. Jika entry yang anda lakukan mulai bergerak dan profit, maka anda alihkan stop loss anda kearah profit tersebut.

Sebagai contoh, jika price yang anda entry $60 dan mulai bergerak pada $60.30, maka anda boleh letakkan SL anda pada price $60. Jika harga terus bergerak profit lagi pada $60.70, anda boleh gerakkan lagi SL pada $60.40. Jadi cara trailing SL ini akan membolehkan anda mengawal stop loss anda. Boleh jadi mula-mula anda gerakkan stop loss ke arah kerugian yang semakin mengecil dan kemudian stop loss anda telah berada di kawasan profit jika terkena pun. 

4. Maximize SL

Maksimumkan stop loss anda ini adalah salah satu cara yang gerus sedikit kerana anda membiarkan stop loss anda ini terbuka. Maksudnya jika anda letakkan stop loss jauh dari nilai harga yang anda entry, boleh jadi anda akan kehilangan modal yang lebih banyak. 

Sebab jika anda telah yakin dengan analisis yang anda lakukan anda anda ingin membiarkan stop loss anda terbuka, ia tidak menjadi masalah. tetapi bagaimanapun anda perlu bersedia jika menghadapi situasi yang tidak terjangka dan anda boleh kehilangan wang trade anda. 

Haa..

Itulah dia 4 jenis kegunaan stop loss yang anda boleh apply kan. Ikut pada mana satu yang anda minat dan rasa serasi dan selesa nak guna. Apa pun, saya nak nasihatkan agar anda buat dahulu analisis sebelum entry sebab hanya itu yang mampu meyakinkan entry anda itu. Jangan entry jika anda tidak pasti. Itu lebih baik. 

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.