Belakangan ini ramai dari kita yang mengalami masalah kewangan lebih-lebih lagi disebabkan pandemik yang berlaku. Tidak kira usia tua atau muda, masing-masing menerima tempias yang sama. Waima saya yang mempunyai syarikat sendiri juga turut terkesan dengan pandemik ini sampai terfikir nak tutup aje dah syarikat-syarikat saya.

Sejak PKPP ni berkuatkuasa dan syarikat saya pun dah boleh mula beroperasi, banyak perkara yang saya cuba ubah dan tokok tambah bagi melancarkan semula perjalanan syarikat saya. Termasuklah saya daftar masuk beberapa kelas online bagi menambahkan ilmu dalam bidang perniagaan saya ni. Siapa tak sayang syarikat sendiri? Kalau boleh saya nak majukan sebaiknya.

Ramai yang saya jumpa berkongsi masalah yang sama iaitu kewangan. Bukan dari sudut ada syarikat, tapi juga bagi orang marhaen, pekerja-pekerja biasa juga turut terkesan dengan masalah kewangan ini. Jadi hari ni saya nak kongsi serba sedikit tentang tips bagaimana untuk anda mengukuhkan kewangan anda walaupun tengah strunggle dengan waktu sekarang ini.

1. Buat perancangan simpanan

Buat perancangan untuk simpanan anda. Orang kata sebaiknya menyimpan 10% dari gaji yang anda dapat. Bagi saya pula, anda juga boleh buat simpanan berdasarkan kepada tempoh masa short term, mid term dan long term. Ikut pada apakah target anda.

2. Mengurus perbelanjaan dengan baik

Anda juga perlu mengurus perbelanjaan kewangan anda dengan bik. Apa yang perlu dan apa yang tidak perlu anda ambil tahu. Berbaloi atau tidak untuk anda tetap berbelanja pada barang-barang bukan keperluan? Jika anda nak selamatkan diri anda dan keluar dari masalah ini cepat-cepat, bertahanlah dan jangan membazir pada yang tidak perlu.

3. Tambah pendapatan 

Anda juga boleh tambahkan lagi pendapatan anda bagi menampung perbelanjaan kewangan anda. Tidak kira apa cara pun sama ada anda jadi dropship mahupun anda buat pelaburan. Tapi kalau nak melabur jangan tak ada ilmu pula ye.

4. Menyimpan seawal boleh

Kalau boleh, menyimpanlah seawal yang boleh. Jangan bertangguh-tangguh lagi sebab semakin hari usia kita semakin bertambah. Jika tiada simpanan langsung, bagaimana dengan kehidupan kita pada masa akan datang?

5. Ada perlindungan insurans

Ambil insurans bagi melindungi diri anda, keluarga anda dan harta anda. Sekurang-kurangnya, jika sesuatu berlaku pada diri anda atau harta anda, ada insurans dah tolong cover. Ini memang ramai yang ambil remeh sebab katanya bazir bayar tak dapat apa. Mungkin buat masa ni anda tak nampak impaknya. Tapi inilah yang banyak membantu. di saat sukar tu nanti.

6. Sentiasa kaji semula penstrukturan kewangan 

Setiap bulan atau quater, anda kaji semula kewangan anda. Jika perlu untuk anda buat penstrukturan semula, buat! Perbaiki semula cara anda manage kewangan anda supaya kewangan anda boleh kekal kukuh.

Yang mana anda boleh ambil, ambil dan buatlah tindakan segera. Sebab jika anda terus biarkan masalah kewangan ini berlarutan hingga makan bulan, makan tahun, sampai ke sudah anda tidak dapat keluar dari masalah kewangan ini.

Saya percaya, memang waktu ini semua orang struggle untuk hidup. Namun tindakan yang kita ambil yang akan menentukan perbezaan masa depan kita nanti dengan orang lain.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.