Seperti yang dijanjikan sebelum ini, saya ada menyatakan yang saya akan terangkan bagaimana untuk anda membaca signal autobot di channel telegram saya. Bermula 22 haribulan lepas, saya telah berkongsikan signal autobot dari robot AlgoGold saya. Namun, saya pasti, tak semua yang mengikuti saya memahami cara untuk baca signal tersebut. 

Oleh itu, saya telah sediakan penerangan dalam bentuk video untuk memudahkan akan memahami cara tengok dan baca signal tersebut. Anda boleh terus tonton video di bawah ini.

Sebenarnya bukanlah susah pun untuk anda memahaminya. Jika anda bukan seorang yang pandai baca chart pun anda boleh faham selepas tengok penerangan saya ini. 

In contoh signal autobot yang keluar.

Lihat pada butir-butir penting di dalam signal ini.

1) Tarikh, Masa, Jangka Masa, Pasaran, Entry

Setiap kali signal autobot keluar, dia akan maklumkan butiran-butiran seperti ini. Ia bermaksud, pada hari itu (masa signal keluar) untuk jangka masa pendek (short term) bagi pasaran (EURJPY) ada signal untuk entry (Buy).

2) Nama Copytrade

Nama copytrade AlgoGold ini tertera di bahagian kiri paling atas di mana ia menyebut sama ada signal tersebut dari sistem robot Gold, Platinum atau Tinanium. Dalam copytrade AlgoGold kami, hanya ada 3 jenis sistem robot yang kami pakai.

3) Timeframe

Timeframe ini anda boleh lihat pada bawah daripada Nama Copytrade. Ia menyatakan bahawa signal yang keluar itu dari timeframe apa. Sebagai contoh, signal yang keluar di atas adalah dari timeframe M15. Dan M15 adalah timeframe untuk trader jenis scalping dan intraday. Sebab itu signal yang keluar juga menunjukkan short term.

4) Zon Trading

Dalam paparan chart signal, anda boleh lihat ada 3 waktu zon masa yang telah diletakkan dalam bentuk kotak berwarna gold, pink belacan dan hijau cair. Ia menunjukkan 3 zon waktu trading. Bermula dengan zon asia, zon europe @ london dan zon US. Dari zon ini juga anda boleh lihat waktu-waktu aktif bagi pasaran tersebut.

5) Volume buyer dan seller

Volume buyer dan seller ini adalah dibahagian paling bawah sekali yang menunjukkan garis-garis menegak dengan warna hijau dan merah. Hijau menunjukkan wujudnya buyer, dan merah menunjukkan wujudnya seller. Anda boleh lihat jika wujudnya volume yang banyak, ia bermaksud akan harga pasaran juga akan mengarah kepada volume tersebut.

Mudahkan nak baca signal autobot ni?

Lepas ni, kalau dapat je signal, mesti anda dan faham dan boleh entry terus. Jika anda terlepas entry, jangan dikejar entry tersebut sebab nanti rugi kalau dah lambat. Better anda tunggu signal baru. Selain dari entry, signal ini juga boleh anda gunakan untuk bantu anda memahmi analisis yang anda lakukan.

Saya harapkan perkongsian saya ini akan membantu anda dalam trading anda.

Bagi yang belum join channel telegram saya ni, boleh klik di bawah ini untuk join ye.

Telegram

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.