Sebenarnya, dalam nak mempelajari ilmu trading ini bukan boleh main hentam belajar semberono aje.

Sebab apa ye?

Ramai yang tidak perasan yang di dalam ilmu trading ini terdapat dua puak yang wujud.

Ada puak yang merupakan TREND FOLLOWING dan ada puak lain iaitu TREND PREDICTING.

Sebagaimana yang anda tahu, untuk membolehkan anda berjaya dalam trading anda perlu belajar ilmu Fundamental Analisis, ilmu Teknikal Analisis dan Ilmu Sentimen Analisis. Namun begitu ramai yang dah terjebak dalam karier sebagai trader ini tidak perasan bahawa mereka ini adalah jeni kelompok trader yang TREND FOLLOWING atau pun mereka ini adalah jenis TREND PREDICTING atau kedua-duanya sekali?

So artikel ini di tulis untuk anda memahami apa yang ilmu anda ada dan apa yang anda applykan dalam trading anda?

1. Trend Following

Trend following ini bermaksud anda akan trade mengikut gerak market dengan menggunakan bantuan indicator. Anda perlu tahu bahawa dalam market yang akan bergerak adalah HARGA. Oleh itu harga adalah penunjuk yang paling awal triggered trend market tersebut.

Namun begitu, tidak ramai yang boleh alert dan faham apa yang market cuba lakukan akan dating. Untuk mengatasi masalah ini, INDICATOR dicipta berdasarkan kepada harga Open – High – Low – Close yang terdapat dalam setiap transaksi. Pastinya indicator ini ada pelbagai nama dan rupa dan ada kelebihan masing-masing dan kelemahan berdasarkan kepada sebab apa fungsi ia di cipta.

Oleh sebab price jalan dahulu dan ia juga memberitahu kita bahawa  indicator ini merupakan signal yang DELAY! sebab itu anda hanya akan FOLLOW PERGERAKAN MARKET. Kemana market bergerak, ke situ anda follow. Inilah sebab ia dinamakan sebagai TREND FOLLOWING! Faham kan!

Jadi apabila anda melihat kepada indicator, mula-mulanya anda nak kena faham dahulu pergerakan market ni. Apa TREND yang sedang di nyatakan daripada indicator. Kalau anda tak faham, susah untuk anda follow, sebab boleh jadi tersilap follow, anda tersalah masuk entry.

Macam mana nak faham market? Dengan bantuan-bantuan dari indicator, anda boleh lihat apakah arah tuju pergerakan market sama ada market sedang menaik (bullish), menurun (bearish) mahupun tiada trend (sideway).

Dari situ baru anda boleh tumpang entry berdasarkan pergerakan market. Bila anda dah tahu market sedang UP (naik), anda pun tumpang masuk position entry BUY. Dan bila anda nampak market sedang DOWN (turun), anda pun tumpang masuk entry SELL. Ianya bergantung kepada kefahaman anda membaca signal indicator dan pergerakan market.

Tapi, sebab ini adalah trend following, sudah tentu bukan habuan ikan besar yang anda boleh dapatkan. Cukup sekadar ikan bilis, ikan kecil-kecil aje. Setakat tumpang entry semasa perjalanan market bergerak, anda hanya boleh ambil keuntungan dalam tempoh yang singkat. Boleh jadi sesingkat 10 minit, atau sejam, atau paling-paling pun satu hari.  Oleh sebab itu, ilmu ini hanya sesuai untuk anda yang trade berskala timeframe kecil. Anda digelar scalper atau intraday trader. Ia juga sesuai untuk anda yang memang suka menghadap market dan nak buat duit poket hari-hari.

gold trading, gold investment, pelaburan emas, analisis pasaran, dvd gti

Saya Nak DVD GTI!

Untuk pengetahuan anda, ilmu trend following ini adalah ilmu yang kami ajarkan dalam silibus TG4M (Trade Gold For Money) kami. Kini dalam bentuk DVD GTI.

Hanya dengan menggunakan indicator yang anda plug in kan dalam chart, anda follow aje lenggang lenggok market dan tumpang sedikit rezeki dari market dengan tekan buy atau sell dan letak terus target keuntungan atau pips yang kecil sebagai sasaran anda.

2. Trend Predicting

Manakala, trend predicting pula bermaksud anda membuat analisa terhadap market terlebih dahulu untuk anda cari trend sesuatu market.

Sepertimana cara trend following di atas, anda perlu mencari trend juga. Selepas memahami trend market barulah anda boleh target di mana harga untuk anda masuk pasaran (entry) dan keluar pasaran (Stop Loss dan Take Profit). Kiranya anda menjangkakan kemanakah arah pasaran akan pergi. Lebih kurang macam bomohlah. Meramalkan apa yang berlaku. Tapi ianya berdasarkan kepada analisa yang anda lakukan ini adalah untuk menjangkakan perjalanan market seterusnya.

Persoalan pula, macam mana anda nak ANALISA? Macam mana anda nak buat prediction?

Ilmu untuk menganalisis ‘pergerakan market akan datang’ adalah dengan apply  ilmu teknikal analisis.

Bermula dari chart yang kosong (naked chart), anda cuba cari di mana titik harga lepas yang terendah, yang tertinggi, digabungkan pula dengan ilmu support dan resistance, ditambah pula dengan pemahaman ilmu konsep Dow, untuk membantu anda memahami mengapa market bergerak sedemikian rupa.Tak cukup dengan itu, anda tambah pula dengan pemahaman anda tentang supply dan demand serta fungsi volume dalam transaksi buy dan sell oleh buyer dan seller juga.

Ilmu Elliot Wave adalah kaedah yang sinonim dengan cabang ilmu trend prediction. Teknik membaca market dari pembacaan wave.

Anda gabungkan pula pemahaman tentang chart pattern, ilmu high-low, tahu penggunaan ilmu fibonacci, SnR dan ilmu logik selain dari ilmu inter-market. Kesemua-semua ilmu dalam teknikal analisis ini anda hadamkan dan terjemahkan pada sebuat market untuk anda tahu hala tuju market tersebut. Di mana point-point untuk entry, untuk reversal, untuk take profit  dan untuk stop loss juga.

Jika anda lihat, nampak macam terlalu susah dan beratkan cabang ilmu trend predicting ni kan? Sebab bukan sahaja anda perlu analisis dan faham pergerakan market, anda juga perlu bijak menggunakan pelbagai timeframe dalam menganalisis dan memahami perangai market.

Dari situ baru anda boleh membaca dan menjangkakan kemana market akan bergerak. Dari mana sampai ke mana. Jika market tak ke tempat yang kita jangkakan, anda tahu market akan kemana pula jalannya. Dengan ilmu trend predicting ini, jiwa anda akan lebih tenang. Seolah-olah anda sudah ada GPS, Waze atau Google Maps dalam trading anda.

Untuk pengetahuan anda, ilmu TREND PREDICTING  ini adalah ilmu yang saya ajarkan dalam silibus Simplified Trading Signal (STS) saya yang dahulunya diajarkan selama 3 hari. Bermula tahun 2012, saya upgrade dan simplified kan pada tahun 2015, dan sejak 2018, program ini  telah di online kan, pembelajaran secara JARAK JAUH.

Pembelajaran secara online short course selama 3 bulan seperti anda mengambil short course pendek di universiti. Ada assignment yang anda perlu buat dan submit untuk melihat dan mengukur pemahaman dan kemahiran anda.

Saya Nak Subcribe STSOn9

Di dalamnya terdapat 15 strategi trading yang anda perlu hadamkan dan strategi yang terakhir adalah strategi untuk entry. iaitu strategi Recipe TG4M yang kami keluarkan menjadikan teknik trend following.

Anda dah sedia untuk belajar?

Jika dah, pastikan anda tahu anda nak duduk di puak yang mana..

Nak jadi puak TREND FOLLOWING dengan menjadi scalper atau intraday trader?

Atau nak jadi puak TREND PREDICTING dengan menganalisis pergerakan market dengan menjadi swinger?

Apa pun ilmu yang anda belajar, letakkan usaha anda 100% atau lebih lagi. Jangan terlalu berharap untuk sentiasa di suap kerana mereka yang sering kali di suap akan kurang pergerakan tangan sendiri. Akhirnya anda jadi lemah. Jadilah trader yang kuat menghadapi badai dan ombak trading. Supaya anda tetap kekal berdiri tegak di dalamnya..

Happy trading guys

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.