Divergence adalah salah satu strategi trading yang anda boleh gunakan dalam menganalisis pasaran. Melalui divergence ini, anda dapat mengelakkan dari melakukan kesilapan entry.

Signal dari divergence ini adalah satu ‘signal’ atau petanda market akan berubah arah.

Ia dapat membuatkan kita akan alert dan awere bahawa apa bila market sedang membuat pergerakan yang kuat untuk menaik atau menurun selepas ‘break out’ bahawa market ada potensi uuntuk berubah arah hasil dari signal divergence ini.

Penggunaan panel TG4M adalah disarankan untuk anda hendak mencari titik entry yang terbaik.

Pernah tak anda sebelum ini entry buy tiba-tiba market berubah sell? Dan bila anda entry sell, market jadi buy pula. Pernah kan? Sebab apa jadi begitu?

Salah satu sebab nya ialah anda tidak perasan bahawa market telah menunjuk signal nak berubah trend. Oleh itu, melalui divergence anda boleh lihat sama ada signal untuk berubah trend dah wujud atau belum. 

Dalam divergence ni, ada 2 bentuk. 

  1. Bullish Divergence – tunjuk signal nak buy
  2. Bearish Divergence – tunjuk signal nak sell

Jom tengok penerangan satu per satu di bawah ini..

Bullish Divergence

Tahukah anda jika anda gabungkan pergerakan chart dengan indikator MACD akan membolehkan anda lihat sama ada pasaran akan melakukan perubahan trend atau pun tidak.

Wow! Macam mana tu? Lihat gambar di bawah ini untuk pemahaman lanjut lagi..

Anda boleh lihat pada pergerakan harga pasaran. Jika harga pasaran mulai membentuk Lower Low (LL), mungkin anda akan tersalah sangka bahawa pasaran nak turun lagi. Cuba pula anda lihat dengan kombinasi MACD. Jika anda lihat pergerakan pada MACD membentuk Higher Low (HL), ia menunjukkan signal bullish divergence iaitu pasaran akan membuat perubahan trend dari down kepada uptrend.

Di sini yg ramai trader tersilap masuk entry sebab mereka ingat pasaran akan teruskan downtrend, tapi sebenarnya pada MACD sudah menunjukkan signal pasaran akan berubah uptrend.

Jadi lepas ni sebelum entry, pastikan dulu adakah pasaran masih down atau sudah nak berubah.

Anda boleh entry buy apabila harga pasaran mulai bounce di zon support.

Bearish Divergence

Bagaimana pula dengan bearish divergence?

Macam mana anda nak tahu bahawa pasaran akan berubah dari uptrend berubah menjadi downtrend?

Kebiasaannya trader apabila melihat pasaran dalam keadaan uptrend, mereka akan tunggu dan lihat lagi. Dan apabila pasaran dah tinggi, baru mereka rasa yakin untuk entry buy. Tapi malangnya.. Apabila entry buy, tup-tup pasaran buat u-turn pula. Maka gelabah dah lah trader sebab terbuy pada harga tinggi dan position mereka tersangkut di atas.

Pernah jadi kat anda?
Pernah alami situasi seperti ini?
Dan anda mulalah berdoa agar pasaran akan patah balik uptrend..

Tapi bukankah anda boleh confirmkan sama ada pasaran betul-betul dah berubah atau hanya buat retracement sementara?

Macam mana anda nak tahu pasaran dah berubah dan anda boleh terus cut loss entry anda itu?
Dengan melihat adakah wujudnya signal bearish divergence.

Lihat gambar di bawah untuk penampakan bearish divergence.

Lihat pada pergerakan harga di chart dan juga MACD. Walaupun pergerakan harga membuat Higher High, namun di MACD menunjukkan Lower High, ia menunjukkan signal trend dah nak habis dan berubah ke arah sell. Dari situ anda dah boleh standby siap-siap untuk entry sell. 

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.