Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat blog saya. Hari ini saya nak kongsikan dengan anda topik berkenaan trading. Apa yang saya kongsikan ini adalah dalam bentuk persoalan-persoalan yang perlu anda kemukakan dan anda jawab apabila anda hadapi masalah dalam entry.
Alkisahnya, saya nak share ilmu ini sebab saya lihat ini yang terjadi kepada trader apabila mereka entry dan market berubah posisi dari entry mereka. Dalam situasi di bawah ini adalah market sedang up dan tiba-tiba membuat penurunan.
1) Entry anda tersangkut Buy di atas
Bagi anda yang mengalami situasi dah entry buy, tetapi market pusing ke arah down pula menyebabkan entry anda tersangkut di atas. Saya pasti mesti anda berpeluh memikirkan bagaimana nak selesaikan permasalahan seperti ini.
Anda boleh buat kajian terhadap market terlebih dahulu. Tengok sama ada market memang akan buat reversal atau tidak. Kan market sedang turun, buat anaisis dan lihat adakah market akan buat reversal. Jika market nak buat reversal sementara iaitu hanya sekadar pull back, anda perlu cari di manakah maksimum harga boleh naik dalam range sekarang ini.
Dan jika ia berlaku (market naik), apa tindakan yang anda akan lakukan? Anda boleh cut loss entry anda tadi dengan mengurangkan range kerugian anda. Atau anda masih nak tunggu? Jika anda tetap berkeras nak tunggu, adakah anda yakin market akan naik semula? Melainkan anda mempunyai margin yang cukup besar untuk kawal floating, mungkin anda boleh biarkan. Tapi jika tidak, bukankah elok cut loss dari loss lebih banyak?
2) Jika terlepas bas semalam, nak masuk sell pada price di mana?
Jika anda terlepas bas semalam, di mana anda nak masuk entry sell? Boleh kah anda terus entry sell?
Sebelum anda entry, anda kena tahu di manakah market akan naik sebelum buat penurunan semula. Semasa market naik, di situ lah enda entry sell.
Selain itu, anda juga kena tahu adakah market belum habis membuat penurunan atau dah habis? Jika dah habis, anda patut buy atau sell? Jika anda nak sell, ke mana lagi market akan turun?
3) Buy masa market turun sebab nak entry di akar
Jika anda buy masa market turun sebab kononnya nak entry di akar, bila pula anda nak tutup buy tersebut? Berapa target yang anda letakkan? Kena fikirkan tu.
Macam mana pula dengan anda yang entry buy beberapa lapis semasa market turun deras? Apa yang patut anda lakukan sebab anda dah hold negatif position yang lawan dari arah market. Jika anda terus hold kesemua position tersebut, dapatkah akaun anda terus survive dalam market? Atau akaun anda sempat hangus sebelum ia naik semula?
Oleh sebab itu anda kena buat analisis dan kajian lebih mendalam untuk dapatkan jawapan tersebut.
Saya jenis yang kurang berani. Kalau kes macam ni, cecah je price stop lost, close dah position ni. Dia nak reverse balik, itu cerita lain. Biar rugi sikit, tak sanggup terbenam dalam-dalam.
Saiful recently posted…1 Dirham Perak Sempena Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke 63 oleh Nubex.