Betul ke bekalan emas mentah dijangka habis dilombong pada tahun 2050?
Digembar-gemburkan bahawa logam tersebut hanya berbaki 20% sahaja. Berdasarkan kenyataan Eric Leong, pengurus besar MS Gold Crafts Industries Sdn Bhd menyatakan bahawa produksi emas dunia telah mencapai paras tertinggi pada tahun 2018 dan tinggal 30 tahun lagi akan kehabisan bekalannya.
Akhir 2019, dianggarkan emas telah dikeluarkan sebanyak 197,576 tan dari dalam bumi dan hanya tinggal 54,000 tan emas lagi di bawah tanah. Bahan semula jadi ini dikatakan lambat laun akan kehabisan dan tidak boleh dihasilkan di makmal.
Jadi, betulkah kenyataan bahawa emas dibumi bakal habis pada 30 tahun datang nanti?
Sebenarnya, isu ni telah lama pun timbul. Ia hanyalah spekulasi bagi menaikkan harga emas. Kalau nak tahu, kisah pasal emas konon nak habis ni juga pernah digembar-gemburkan pada tahun 2010, 2011 ketika harga emas mencanak naik.
Berkenaan benar atau tidak logam emas ini akan habis dari bumi, wallahua’alam sebab ia kuasa Tuhan. DIA yang menciptakan logam emas ini dari bumi dan DIA jugalah yang boleh melenyapkannya dari bumi.
Ingat tak Allah pernah berfirman soal emas ini yang menjadi perhiasan manusia di dalam Quran,
“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia; kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak bertimbun-timbun dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga).” -Surah Ali Imran:14-
Dan ada hdith nabi juga menyatakan tentang emas (dinar),
“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia melainkan dinar dan dirham.” -HR Imam Ahmad & Hanbal-
Jika anda rasa nak beli emas, nak ada simpanan emas atau nak buat pelaburan emas, buatlah. Kerana nilai emas ini sangat istimewa. Tak kisahlah beli untuk pakai atau simpan. Sebab sekarang ni pun harga emas tengah cantik kan.
Apa akan jadi setelah emas habis dilombong?
Harga semakin meningkat memandangkan jumlahnya terhad?
Saiting menemui alan untuk menghasilkan emas sintetik di makmal?
Atau negara yang mempunyai rizab emas rahsia yang belum diteroka mula mengeluarkan hasil bumi mereka?
Otak Kiri recently posted…1 Dirham Perak Sempena Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke 63 oleh Nubex.