Sebelum ini kecoh dan panas isu berkenaan pengeluaran wang caruman dari i-Sinar KWSP sama ada dibenarkan atau tidak dan bersyarat atau tidak. Ia juga rentatan dari wabak covid-19 yang melanda sejak dari awal tahun hingga membantutkan ekonomi negara dan masyarakat.

Ramai yang hilang punca pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi membenteras penularan wabak covid ini. Dan kerajaan pernah memberikan kelonggaran untuk pengeluaran KWSP akaun 2 sebanyak RM500 setiap bulan sebelum ini.

Namun, rakyat tetap masih lagi berhadapan dengan survival untuk meneruskan hidup dalam kegawatan ekonomi akibat pandemik ini. Apabila ada cadangan untuk membenarkan pengeluaran KWSP akaun 1 sebanyak RM10,000, maka ramai yang menaruh harapan agar cadangan tersebut diterima. Diterima tanpda meletakkan syarat-syarat seperti hanya yang diberhentikan kerja sahaja yang boleh membuat pengeluaran tersebut.

Akhirnya, keputusan telah keluar dan kerajaan telah memasukkan dalam bajet 2021 bahawa rakyat dapat keluarkan wang mereka dari akaun 1 KWSP mereka tanpa syarat.

Namun, setelah beberapa hari berlalu, banyak aduan dan rungutan dari pencarum KWSP bahawa terdapat syarat demi syarat yang diletakkan oleh KWSP bagi pengeluaran wang dalam akaun mereka. Ada yang tidak dapat keluarkan disebabkan kerana majikan mereka tidak mencarum dalam masa terdekat ini iaitu semasa pandemik ini berlaku.

Kita pun tahu banyak syarikat yang terjejas sepanjang pandemik ini berlaku dan sudah pastinya mereka yang terjejas turut terjejas untuk meneruskan caruman seperti biasa. Sepatutnya, golongan terjejas seperti inilah yang patut menerima wang KWSP mereka untuk meneruskn hidup. Bukan dikenakan syarat seperti ini.

Saya harapkan situasi ini dapat ditangani dengan berhemat dan kita harus kembali kepada matlamat asal bahawa pengeluaran i-Sinar KWSP ini adalah untuk membantu meringankan beban perbelanjaan saraan kehidupan yang terjejas. Dan seharusnya proses pengeluaran ini perlu dipermudahkan demi menjaga keharmonian keluarga dan masyarakat umumnya.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.