Apa Itu Swinger?
Swinger adalah trader yang duduk di dalam pasaran lebih lama seperti dalam tempoh 2 minggu. Ia juga dipanggil long term trader. Teknik yang digunakan oleh swinger adalah teknik teknikal analisis.
Kebiasaannya trader jenis swing ni akan melalui fasa-fasa ini dalam trading mereka.
1. Menganalisis Pasaran
Anda akan menganalisis pasaran terlebih dahulu untuk melihat apakah situasi yang sedang berlaku pada pasaran tersebut. Anda boleh buka daily chart untuk melihat dahulu keadaan trend pada timeframe yang besar. Kemudian buka pula timeframe yang kecil untuk lihat trend yang sedang berlansung pada timeframe yang kecil.
Dengan menggunakan ilmu teknikal analisis, anda dapat membuat prediction pada pasaran yang sedang dikaji. Menggunakan trendline, support dan resistance serta teknik-teknik yang lain, akhirnya anda mendapatkan jawpaan untuk analisis tersebut.
2. Pasang Pukat
Selepas melakukan analisis dan anda nampak ada signal cantik untuk entry, anda boleh pasang pukat siap-siap. Pasang pukat ini bermaksud anda letak entry anda siap-siap beserta dengan target TP dan SL untuk entry tersebut. Anda boleh pilih sama ada untuk meletakkan entry secara terus (jika signal cantik) atau meletakkan entry secara pending order.
Selepas pasang pukat, anda sudah boleh tutup chart dan buat kerja anda yang lain tanpa perlu lagi untuk anda kerap kali menjenguk dan menghadap chart pasaran seperti kebiasaan yang dilakukan oleh scalping trader.
3. Pantau & Tunggu Profit
Dalam tempoh menunggu profit, anda boleh pantau entry anda melalui fon sahaja dengan melihat sama ada pukat anda sudah mengena atau tidak. Sebenarnya jika anda yakin dengan analisis yang anda lakukan, anda tidak perlu untuk memantau entry anda pun sebab sudah pasti ia akan mengena target yang anda letakkan. Cuma jika ada kes lain seperti ada news atau berita yang mengganggu kebiasaan pergerakan pasaran, anda boleh pantau dan lihat. Jika memerlukan anda untuk tutup entry anda sebelum ia activate, anda boleh tutup. Namun, tidak akan jadi masalah juga sebab anda sendiri sudah meletakkan SL pada entry anda jika berlaku situasi terbalik dari analisis anda.
Kebiasaannya itulah dia rutin yang dilakukan oleh swing trader. Mereka akan lebih kepada menganalisis pasaran dan memasang pukat berbanding selalu duduk menghadap chart. Kebiasaannya mereka yang suka kepada teknik swing ini adalah mereka yang ingin trade secara santai dan bukanlah jenis orang yang mempunyai banyak masa untuk selalu menghadap pasaran.
Oleh sebab itu juga entry yang dilakukan akan ditinggalkan untuk mengena TP atau SL kerana mereka tiada masa untuk melihat chart an menutupnya secara manual. Ini yang membezakan antara swing trader dan scalper.