Saya percaya kejayaan yang dikecapi hari ini sebenarnya bermula dari hasil usaha keras kita beberapa tahun sebelum itu. Sebab ini adalah journey dalam kehidupan kita. Anda lihat aje pada sejarah yang telah beritahu pada kita, bukankah ia menceritakan bagaimana kejayaan yang mereka capai itu selepas proses yang panjang. Perjuangan, keperitan, usaha tanpa jemu dan tak kekal istiqamah.
1) Kejayaan Islam
Kejayaan Islam hari ini adalah hasil usaha keras Baginda Nabi Muhammad saw setelah mendapat wahyu. Jika tidak, mungkin nikmat Iman dan Islam tidak sampai kepada kita hari ini.
2) Kejayaan Mentol
Lihat pada usaha keras Thomas Edison, manusia yang invent mentol lampu yang berkali-kali terbakar tanpa jemu dan give up. Ahirnya nikmat kejayaan tersebut dapat juga kita rasai hingga ke hari ini.
3) Kejayaan Kemerdekaan
Kerja keras atok nenek kita zaman dahulu yang berjuang mendapatkan kemerdekaan akhirnya dapat kita rasai nikmat itu hingga ke hari ini. Jika tidak, kita sendiri tidak tahu apakah terjadi pada kita sekarang ini. Banyak keperitan yang dilalui pada waktu tersebut, memang perit dan pahit untuk melaluinya. Namun penghujung keperitan tersebut ada kebahagian di hadapannya. Betul tak?
Bahagia tak kita yang hidup dalam zaman kemerdekaan?
4) Kejayaan Graduan
Untung menggenggam segulung ijazah bukanlah mudah. Banyak keperitan dan kepayahan yang perlu dilalui oleh mahasiswa bagi menggapai impain mereka ini. Hanya mahasiswa sahaja yang memahami bagaimana susahnya dan strugle untuk mendapat segulung ijazah tersebut.
Berkat ketekunan dan kerja keras yang diberikan sewaktu bergelar pelajar akhirnya ijazah menjadi milik mereka. Dan hasilnya dapat dituai hingga ke hari ini.
Begitu sama jugalah bagaimana saya berhempas pulas untuk menjayakan robot yang saya buat. Bukan tak pernah gagal. Berkali-kali laluinya. Banyak wang yang telah hangus, namun saya tetap percaya akan berjaya. Pasti ada jalan dan sistem yang sesuai. Cuma ia memerlukan journey yang panjang dan usaha tanpa jemu. Sebab jika saya mengalah dan berputus asa, akhirnya saya takkan dapat capai impian saya yang ingin ada sistem robot yang akan trade sendiri pada masa saya tua nanti.
Inilah dia journey yang sedang saya lalui bermula tahun 2017 sejak saya balik dari IFTA di Milan. Perasaan untuk mencipta robot sendiri tu sangat membuak-buak lebih-lebih lagi bila lihat rupanya sudah ramai (international) yang menggunakannya dan jauh kehadapan. Sampai bila kita nak harapkan diri kita ini bekerja dan bekerja sedangkan kita boleh kerah otak kita untuk persediaan masa depan.
Gagal? Ya pernah. Korang sendiri boleh lihat posting saya tentang kegagalan robot saya. Namun, apabila sedikit demi sedikit mulai nampak perubahan dan peluang berjaya, saya rasa sangat berbaloi usaha keras yang dikorbankan selama ini.
Inilah dia hasil istiqamah yang diterapkan dalam berusaha. Nantikan perkembangan AlgoGold saya di Channel Telegram. Boleh klik bawah ni untuk join terus.