Trading ni memerlukan plan dan strategi, bukan main hentam je. Tanpa plan dan strategi, sukar untuk anda kekal lama dalam pasaran dan dapatkan result yang bagus. Selain itu, anda juga memerlukan kawalan emosi yang baik, sebab emosi yang tak terkawal semasa trade hanya menyebabkan trading anda hancur. Sebab itu jugalah anda kena come out dengan strategi supaya dapat mengelakkan dari trade secara beremosi.

Emosi vs Startegi

Untuk menjadi seorang yang hebat dalam trading, STRATEGY adalah senjata utama anda untuk bertempur di dalam pasaran. Untuk berjaya dalam trading pula, EMOSI anda perlu berada di bawah tahap kewarasan. Bermakna kebolehan anda mengawal emosi adalah penting.

Di sini saya nak kongsikan dengan anda tentang analisa yang saya buat dan sebahagian parameter yang telah saya tetapkan dalam membuat rules trading menjadi auto (robot).

Sebenarnya ada banyak lagi calculation matematik yang saya buat untuk menganalisa ketahanan fund berbanding dengan ranging market apabila market berubah arah dari entry SOP.

Jika anda perhalusi sedalam-dalamnya, menarik sebenarnya trading ini. Tapinya anda perlu spend masa yang anda ada untuk
Netflix, Bola, Game, Family, Basikal, TV, Mengeteh mamak dan sebagainya ini perlu anda korbankan demi masa hadapan.

Ramai yang kata boleh untuk spend masa mentelaah pengajian candlestick, chart pattern, support & resistance, price action, fibo, elliott wave dan banyak lagi. Tapi semua itu anda kena berani kata dan buat. Bukan hanya sekadar kata sahaja. Sebab semua ilmu ini akan pudar di makan waktu hari demi hari disebabkan BURNING DESIRE  anda yang tidak cukup kuat untuk melonjakkan diri anda ke next level.

Ingat, orang yang berjaya hari ini adalah kerana struggles mereka sebelum ini. Seperti yang saya share kan dalam posting sebelum ini.

Dalam proses tersebut, mungkin akan ada masa anda leka dan lalai dan mualai selesa dengan apa yang anda sudah ada yang akhirnya menjadikan diri anda sudah tidak bermaya dan tidak berdaya maju dan mungkin sudah tidak bermotivasi.

Lihat result di bawah ini.

Bagi seorang trader, ini adalah sesuatu yang menjadi impian mereka. Apabila terdapatnya satu sistem yang boleh membantu mereka dalam kehidupan mereka. Istilah yang paling sinonim adalah FTT (full time trader).

Persoalannya, adakah result seperti ini boleh dikecapi dalam hanya masa satu malam sahaja? Bolehkah ilmu ini dimiliki dengan hanya bersembang di kedai mamak saja?

Pastinya jika ingin menjadikan ini sebagai kerjaya atau masa hadapan anda, anda tiada pilihan lain kecuali ambil serius dan FOKUS 100% menghadapm segala ilmu dan teknik.

Jika itu tidak menarik, cuba lihat result yang ini pula. Ia adalah result untuk hybris sistem.

Result matter ini bukanlah bermakna saya nak tunjuk terrer atau bermegah-megah. Akan tetapi apabila ada orang bertanya tentang update performance AlgoGold, maka saya perlu uar-uarkan juga. Dan perlu dimaklumkan bahawa ini bukanlah mainan dari account ‘demo’ ye. Ini adalah Real account & Real money yang saya laburkan untuk kajian sistem saya.

Inilah yang saya katakan, untuk masa depan yang saya impikan, saya perlu habiskan masa-masa yang saya ada untuk fokus pada cipta sistem auto yang saya inginkan. Biarpun telah banyak kegagalan sebelum ini dan banyak juga wang yang telah lebur, namun apabila mendapat result sebegini, ia benar-benar memberikan kebahagian. Inilahyang dikatakan kemanisan setelah berhempas pulas nak capai impian.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.