Pemahaman dan pengetahuan tentang ilmu candlestick ini sebenarnya sangat membantu anda untuk melihat wujudkah signal-signal entry dalam pasaran. Itu yang best bila dah kaji dan selidi, rupanya setiap bentuk candle ni ada terjemahannya. Kali ni kami nak kongsikan dengan anda gabungan dua bentuk gandle yang menterjemahkan bahawa pasaran akan reverse.
Piercing Line ini adalah salah satu candlestick yang menunjukkan signal reversal atau trend nak berubah dari downtrend kepada uptrend. Macam mana nak tahu? Anda kena hadam betul-betul dahulu bagaiman piercing line membentuk. Kena penuhi syarat-syaratnya dulu. Jika tak cukup syarat, maka tak menjadilah candle tersebut sebagai signal untuk anda.
Syarat-syaratnya:
- Mestilah pasaran dalam keadaan downtrend.
- Candle pertama dalam bentuk bearsih dan candle kedua dalam bentuk bullish.
- Berlaku gap down pada harga dibuka untuk candle kedua.
- Candle kedua ditutup dalam keadaan menaik, di mana kenaikannya melebih 50% dari badan candle yang pertama.
Selain piercing line, dark cloud cover juga menunjukkan tanda yang sama. Cuma yang membezakannya adalah ia membawa kepada signla pasaran nak downtrend.
Syarat-syaratnya:
- Pasaran dalam keadaan uptrend.
- Candle pertama dalam keadaan bullish yang mewakili uptrend. Candle kedua yang muncul dalam keadaan bearsih menunjukkan tanda nak berubah arah.
- Berlaku gap up pada candle kedua di mana harga dibuka lebih tinggi dari harga ditutup candle pertama.
- Candle kedua ditutup dalam keadaan menurun dan melepasi separuh @ 50% dari badan candle yang pertama menunjukkan signal dark cloud cover complete.
Sekain perkongsian kali ini. Lain kali kami akan share kan lagi bentuk-bentuk candle yang boleh anda fahamkan lenggok pasarannya.
Untuk pemahaman lebih mendalam, anda boleh kaji sendiri kesahihannya pada chart dengan meneliti contoh candlestick ini.