Candle Reversal Signal
CRS 1 candle ini bermaksud 1 bentuk candle yang menunjukkan signal reversal. Seperti yang anda semua maklum, candle reversal ini boleh terbentuk dari satu candle, 2 candle mahupun 3 bentuk candle. Untuk kali ini kami ingin berikan kepada anda penerangan tentang 1 bentuk candle je yang memberikan signal reversal.
Ada empat contoh yang kami ingin berikan dalam artikel kali ini iaitu Hammer, Hanging Man, Inverted Hammer dan Shooting Star. Sebenarnya ada je lagi beberapa contoh CRS yang lain, cuma kali ni kami fokus kan 4 contoh ini sahaja kerana bentuk candle nya seakan sama.
CRS Hammer dan Hanging Man sama di mana ia berbentuk seakan hammer dengan mempunyai lower shadow yang panjang. Cuma hammer membawa signal nak bullish dan hanging man membawa signal nak bearish.
Manakala, Inverted Hammer dan Shooting Star pula seakan bentuk hammer terbalik di mana ia mempunyai upper shadow yang panjang. Fungsinya tetap masih sama iaitu mempunyai signal reversal di mana inverted hammer membawa signal nak bullish dan shooting star membawa signal nak bearsih.
Anda perlu perhatikan bahawa candle-candle ini berada dihujung trend (menaik atau menurun ikut pada signal yang di bawa). Perhatikan pada gambar untuk anda mudah lebih faham apakah bentuk dan signal yang di bawah oleh masing-masing candle.
Ilmu berkenaan candlestick pattern ini adalah salah satu ilmu dalam teknikal analisis yang ada juga kami ajarkan dalam silibus Simplified Trading Signal (STS) kami. Anda boleh kaji bentuk candle ini dalam market untuk melihat sejauh mana keberkesanan candle ini. Cuma anda perlu faham, jika candle ini sempurna, signal diberikan juga sepatutnya sahih, tapi jika market tidak berjalan mengikut alur analisis anda, ia menunjukkan bahawa market dalam keadaan tidak tentu hala atau huru hara. Jika ini terjadi, maka bukan hanya pada satu market, tapi juga pada market-market yang lain juga.