Strategi Trading: Candlestick

Sebagaimana yang kita semua maklum, Bull adalah sinonim bagi pergerakan harga menaik dan Bear pula adalah pergerakan harga menurun. Sebab apa orang suka kaitkan antara Bull dan Bear ni? Sebab Bull apabila bertarung, dia akan menanduk ke atas, dan Bear pula akan menerkam ke bawah.

Pertarungan antara Bull dan Bear ini yang menunjukkan bagaimana pergerakan harga bergerak ke atas dan ke bawah. Disebabkan ada buyer yang menjadi Bull dan ada seller yang menjadi Bear. Masing-masing ingin order yang mereka entry menang pertarungan tersebut.  Namun, jika tentera (fund) yang di bawa hanyalah sekangkang kera, jangan harapkan agar boleh melawan pihak musuh.

Dalam bab candlestick, anda akan mempelajari bagaimana pertarungan yang berlaku antara Bull dan Bear ini kerana setiap candle yang bergerak membawa maksud tertentu. Ilmu candlestick ni sudah lama dikaji dan tak peru untuk saya bahaskan lagi. Apa yang penting adalah kita tinggal praktikkan dan dapatkan keyakinan dari penggunaan ilmu tersebut je.

Dalam bab candlestick ini, anda perlu tahu pergerakan candle yang bagaimana menunjukkan signal bahawa Bear akan menang atau Bull akan menang. Ada candle yang menunjukkan bahawa trend akan diteruskan dan ada juga candle yang menunjukkan bahawa trend akan berubah.

Tapi perlu anda faham, ini adalah penerangan kepada pergerakan candle yang membawa pergerakan harga  mengikut sela masa @ timeframe. Jadi ia bukanlah dalam skala yang besar seperti pergerakan Chart Pattern.

Ada 3 jenis candestick yang anda boleh pelajari iaitu yang Single Candle, Double Candle dan Triple Candle. Gabungan dua candle atau 3 candle boleh menjadi satu candle dan membawa maksud tertentu juga pada pasaran. Jom kita belek satu persatu gambar di bawah ini. Saya fokuskan kepada Candle reversal Signal iaitu candlestick yang menunjukkan akan berlaku reversal atau pertukaran trend.

Single Candle

Double Candle

Triple Candle

Kalau anda perasan, ada juga saya selitkan beberapa candle yang bukan reversal. Sebab dari candle tersebut tunjuk momentum yang kuat pada pasaran. Yang lainnya adalah candle reversal yang menunjukkan jika candle tersebut muncul, maka akan berlaku reversal.

Mungkin pada awal-awal anda rasa susah nak faham, tapi ingat je bentuk tu dan cari di pasaran untuk praktik dan lihat keberkesanannya. Lebih banyak anda buat latihan, maka anda akan lebih mudah mengingat sebab anda selalu jumpa.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.