Bagi trader yang mencari jalan mudah untuk menganalisis keadaan pergerakan pasaran, anda boleh menggunakan indicator bagi membantu anda membuat analisis dengan lebih mudah.
Salah satu indicator yang anda boleh gunakan ialah ADX, Average Directional Index. Indicator ini mempunyai 4 garis yang anda perlu perhatikan dengan betul bagi memastikan keadaan trend pasaran. Warna setiap garis ini mungkin berbeza mengikut kepada sistem platfrom MT4 masing-masing, cuma kami sendiri telah setkan dengan warna sebegini yang akan kami terangkan di bawah ini. Anda hanya perlu melihat kepada persamaan garis tersebut di paltform anda.
Mula-mula lihat gabungan antara warna hijau dan merah. Jika garis warna hijau berada di atas garis warna merah, ini menunjukkan bahawa trend sedang uptrend atau bullish. Lihat contoh di bawah.
Jika sebaliknya berlaku, iaitu garis warna merah pula yang berada di atas garis warna hijau, maka trend downtrend atau bearsih pula yang sedang berlaku.
Dan lihat lagi 2 gabungan lain iaitu garis tebal bewarna biru dan juga garis putus-putus pada level 25. Jika garis tebal biru tersebut berada di atas leve 25, ia menunjukkan bahawa momentum trend yang sedang berlangsung ketika itu adalah kuat. Jadi anda boleh lihat pada keadaan trend dahulu sama ada up atau down, kemudian lihat kepada momentum trend tersebut pula sama ada kuat atau lemah.
Jika momentum kuat, maka ada peluang untuk anda entry dalam pasaran kerana trend masih ada lagi. Tapi jika trend sudah melemah, maka seeloknya anda lihat dan tunggu untuk entry pada waktu yang lain pula.
Ada satu lagi keadaan iaitu situasi sideway di mana garis tebal biru berada di bawah dari level 25. Lihat contoh di bawah. JIka situasi ini berlaku, maka seeloknya anda tunggu dahulu confirmation dari pasaran. Sebab ketika ini pasaran tidak ada momentum dan masih lagi dalam keadaan mencari arah trend seterusnya.
Perlu anda ketahui bahawa indicator ADX ini hanya mampu membantu anda untuk melihat trend dan momentum trend pasaran tersebut, namun ia bukanlah tiket untuk anda terus entry dalam pasaran. Dan diingatkan juga, indicator ini adalah jenis delay signal. Ia hanya akan muncul selepas mendapat terjemahan apa yang berlaku pada harga pasaran. Jadi, anda tetap memerlukan kepada pemerhatian terhadap candlestick juga bagi membantu anda membuat analisis dengan lebih mendalam.
Jika anda suka perkongsian artikel kami ini, sila share kan dengan rakan anda yg lain.
Terima kasih cikgu ir sofian