Besi & Manusia


Assalamualaikum. Hari ini saya nak share sikit topik tentang kehidupan. Dan topik ni pun ada kaitan dengan pekerjaan saya sebagai engineer. Anda kenal besi kan? Untuk saya yang dalam construction line ni memang selalu berhadapan dengan besi. Nak buat kerja construction itu ini, mesti melibatkan besi. Saya nak tanya, anda rasa besi ni kuat ke tak?

Ramai dari kita tahu besi ni sangat kuat. Besi kot. Kalau kena kepala mahu berdarah. Sebab itu kalau pergi site, mesti kena pakai topi keselamatan. Dan bagi orang yang lebih deeper dalam bidang ni, mesti tahu kalau besi ni kuat melihat kepada apa grade atau saiz besi tersebut. Macam besi T20mm, kalau nak bengkokkan dia memang susah sangat. Kalau tengok workers buat bar bending tu kalau pakai tangan, memang nampak macam nak putus urat perut dia org nak piuh besi tu.

Tapi, ada satu perkara yang kita selalu lihat tapi tak pernah terfikir. Iaitu besi yang kuat ni sebenarnya lemah apabila dirinya terdedah kepada agen air dan udara yang boleh menyebabkan dia berkarat. Apa jadi kalau besi karat? Maka rosaklah strukstur besi tersebut dan rosaklah juga binaan yang dibina dari besi tersebut. Walaupun ia mengambil masa untuk karat, namun berkarat sedikit demi sedikit ini akan boleh menyebabkan kerosakan kekal kepada besi itu sendiri dan struktur binaan. Lihat contoh dan kesan pada binaan dibawah ini.

Ia menunjukkan strukur retak dan menampakkan besi yang berkarat. Ketahanan struktur tersebut akan tidak dapat bertahan lama kerana besi yang sudah terdedah pada air dan udara ini akan terus berkarat dan mereput dan akhirnya struktur binaan tersebut akan runtuh.

Apa yang saya nak bandingkan di sini adalah BESI dan MANUSIA. Ia sama juga dengan kita sebagai manusia. Sebenarnya kita kuat dari lahiriahnya. Sebab kita adalah makhluk yang terbaik ciptaan Allah.

Tapi, kita akan boleh lemah apabila kita terdedah kepada kerosakan apabila minda kita dan environment kita tidak mendorong kita untuk terus kuat untuk berjaya dan maju. Oleh itu, sangat penting untuk kita jaga diri kita terutama persekitaran kita dan khasnya MINDA kita agar ianya terus cemerlang.

Jangan biarkan diri kita terdedah kepada elemen fitnah, hasutan, kebencian, dan perkara yang negatif kerana ia akan menyebabkan kita jadi insan yang lemah dan akhirnya jatuh tersungkur. Kita perlu jaga circle kita, sekeliling kita supaya kita akan terus dapat kekal positif, kekal sihat dan sentiasa berdaya maju dan bahagia. Biarlah kita jadi besi yang kuat dan utuh demi membangun kejayaan dalam hidup kita. Saya pasti, setiap dari kita mampu untuk berjaya.

Sekian coretan hari ini. Semoga perkongsian ini ada manfaatnya buat anda semua. Sekurang-kurangnya boleh jadi penyuntik semangat buat diri kita semua untuk jadi lebih baik, dan protect diri dari menjadi lemah.

Untuk coretan asal, anda boleh follow telegram saya di sini ye https://t.me/irsofian

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.