Melangkah ke tahun 2022, apakah tekad dan azam yang anda sematkan untuk tahun ini? Jika anda berkecimpung dalam dunia trading, apakah persiapan yang anda lakukan untuk menghadapi 2022 ini dari sudut trading anda? Sudah kah anda membuat perancangan baru serta target untuk tahun ini?
Jika anda nak tahu, terdapat 3 jenis golongan trader yang ada dalam dunia trading ini. Saya pecah-pecahkan ia kepada 3 golongan seperti yang akan saya terangkan di bawah ini.
1. Newbie
Golongan pertama adalah mereka yang baru lagi melibatkan dalam dunia trading seawal 3 ke 6 bulan atau dipanggil Newbie. Mereka ini merupakan orang yang turut terkesan dengan covid, lantas mencari sumber pendapatan lain melalui trading. Ada juga yang terkena tempias apabila company tempat mereka bekerja mengurangkan kos pekerja dan mereka salah satu yang termasuk di dalamnya.
Untuk golongan Newbie ni, apa yang anda boleh lakukan adalah anda boleh follow copytrade untuk menjana pendapatan disamping belajar mengenali market. Tapi, anda kena pastikan copytrade yang anda follow mestilah dikenali seperti mempunyai kelas, atau modul pembelajaran berkenaan trading. Selain itu, anda juga perlu determine market apa yang anda nak fokus pada awal penglibatan ini. Anda tak boleh main pilih terlalu banyak market sebab setiap market mempunyai lenggok perjalanan tersendiri. Sebagai newbie, mengambil satu market untuk fokus belajar dan mendalami adalah lebih baik.
2. Dah Ada Pengalaman
Kita beralih pula kepada golongan kedua yang mana mereka ini sudah melibatkan diri dalam bidang trading selama 2 tahun. Setelah 6 bulan belajar dan trade, tapi mengalami kerugian. Belajar dan trade lagi. Oleh sebab trend market dah tak sama seperti dulu, maka ada beberapa teori yang anda pelajari tidak boleh bergantung pada teori semata sahaja.
Untuk golongan seperti ini, apa yang anda perlu buat adalah anda kena refresh kembali ilmu yang anda pelajari sebelum ini. Lihat sama ada ilmu tersebut berkesan atau tidak, jika tidak, maka anda perlu cari ilmu trading di tempat lain pula.
3. Dah Lama Tapi Tak Konsisten
Dan untuk golongan yang ketiga pula adalah mereka yang sudah lama berada dalam dunia trading melebihi 2 tahun. Banyak pengalaman trading mereka alami, namun dari sudut trading, ia masih tidak melepasi tahap yang memuaskan dan tidak konsisten. Sebenarnya bagi golongan ini bukanlah sebab mereka tak ada ilmu, tetapi ia lebih mereka tidak ada determination yang kuat.
Jadi apa yang golongan ini perlu lakukan adalah anda perlu tahu apakah yang anda nak capai dalam trading. Anda kena cari balik apakah BIG WHY anda trade. Dan fokus semula dengan jenis trading yang anda nak gunakan sama ada scalp atau swing.
Mana-mana pun golongan yang anda berada, anda kena jadikan tahun baru ini sebagai satu pemangkin semangat baru untuk bina kerjaya trading anda yang lebih baik untuk tahun ini.