Kenapa kalau anda nak berjaya kena jadi orang yang degil? Sebab orang yang degil akan degil berusaha sehingga capai matlamat dan impian dia. Dia takkan cepat putus asa walau apa result yang diterima selagi mana belum memuaskan hatinya. Degil yang baik.

Jom kita flashback balik perjalanan dari alam persekolahan. Ramai dari kita tidak perasan yang sebenarnya bukan mudah nak score result yang tinggi pada masa ambil exam SPM. Nak dapatkan straight A, 18A, 20A, 22A, bukanlah satu perkara yang mudah. Bukan sekadar A, nak kekalkan dapat kepujian untuk keseluruhan subjek juga bukanlah mudah. Tapi, dengan kejayaan dari SPM tu pula, kita dapat ticket untuk masuk ke Universiti bagi melanjutkan pelajaran ke level yang lebih tinggi. 

Belajar di univesiti pula bukan lah mudah juga. Sama level kepayahan semasa nak score SPM. Dengan kelas yang tak tentu masa macam kat zaman sekolah. Dulu masuk 7.30 pagi balik 1.00 tengah hari. Tapi, bila di universiti pagi malam ada kelas. Assignment pun berderet-deret banyak, kuiz atau spot check short test any time aje lecturer buat, ujian pulak kadang-kadang lari dari tajuk belajar apatah lagi final exam yang carry mark nya tinggi.

Kalau anda tak DEGIL untuk lawan perasaan nak enjoy 24jam dan duduk ala-ala mahasiswa di univesiti. Santai-santai main guitar, main bola, ambil sambil lewa untuk hantar assignment, mana mungkin anda boleh nak graduate dengan result Dean List mahu pun dapat four flet. Semuanya memerlukan kedegilan yang tinggi untuk abaikan semua ketepi demi memperoleh segulung ijazah sebagai bekalan perjalanan dunia.

Bila saya involved dalam bidang trading atau saham pula. Saya lihat ramai yang nak berjaya dalam bidang yang asing dalam kehidupan mereka sebelum ni. Tetiba bila masuk kelas 3 hari, nak letak title diri mereka sebagai trader atau investor. Sedangkan proses mereka dalam bidang ni baru step pertama iaitu dari tak TAHU kepada mereka baru TAHU

Jadi ilmu yang bari dipelajari tu nak kena diasah dan disesuaikan dengan kehidupan sebagai TRADER.  Anda perlu luangkan masa untuk menghadap market untuk memahami pergerakan pasaran dan kesan impak dari news selain dari kesan sentimen dan emosi diri yang tidak terkawal. Dari situ baru anda punya level TAHU tadi nak jejakkan kaki masuk ke next level Iaitu FAHAM. Fahamkan apa yang anda belajar dan kesesuaian dengan keadaan masa semalam. Jika tiada latih tubi, buat back testing, menyelam – tidur – makan – hidup – mandi dengan market, apa mungkin anda yang di katakan sebagai newbie ni boleh YAKIN dengan ilmu yang ada di dada?

Tidak! Anda takkan dapat sampai level YAKIN tu jika anda tak ada praktikalnya. Inilah proses kehidupan. Apa-apa jua kerja yang anda hendak terokai itu, anda perlu meletakkan diri pada tahap DEGIL. Degil untuk melawan habit kebiasaan untuk meneroka alam kehidupan yang baru. Baru tu anda akan boleh membuka pintu KEJAYAAN baru dalam hidup anda.

Lihat KEKUATAN diri anda, perkuatkan STRENGTH itu untuk anda terokai kejayaan yang baru dalam hidup anda. Bila anda berjaya…. Then anda akan FAHAM apa yang dimaksudkan dengan keDEGILan anda sebelum ini

Seingat saya, waktu nak belajar ilmu teknikal analsis aka trading dulu atas asbab saya nak tahu macam mana harga Emas tu turun dan naik. Seawal tahun 1999/2010 saya involved dalam pelaburan emas. Masa tu harga emas memang meletup-letup. Siapa-siapa pun beli WAJIB akan untung. Ha ha ha Ye laaa.

pelaburan emas, gold investment, gold trading, technical analysis

Market tengah ‘sedap’ kan! Bila saya lihat harga bergerak naik & turun dalam ‘graf’ kitco yang mencatatkan harga emas tu non stop bergerak. Then saya triggered untuk reserve otak saya untuk belajar ilmu ini.

Pada masa tu, Guru yang ajar market emas ni tak ada. Rata-rata yang ajar adalah cikgu forex. Guru Saham pun tak ada masa tu. Jadi pada tahun 2011, saya serahkan duit & masa saya selama 3 hari 2 malam untuk berguru. Dan itulah titik pertama saya belajar ilmu trading mazhab teknikal analisis. Fee masa tu RM 5000.00 Consider mahal jugak masa tu.

Dari situ saya kembangkan ilmu trading currency kepada ilmu emas. Dari situ tercetus teknik membaca market Simplified Trading Signal (STS) dan Trade Gold For Money (TG4M) pada tahun 2015.

Sebelum itu tahun 2013 saya bersama Mr Fred mengajar ilmu teknikal analsis dan elliot wave. Dan susulan dari itu bersama rakan-rakan Saham saya Hj Asri dan Dr Nazri untuk menyebarkan ilmu trading saham dengan cara yang mudah dan saya explore tools yang paling mantol ‘Bursa Station’ pada masa itu untuk jadi senjata untuk berdagang di pasaran Saham Malaysia yang terkenal dengan banyak spekulasinya.

Saya mengambil satu langkah drastik untuk belajar ilmu baru di Italy pada akhir tahun 2017 Dan bermula awal tahun 2018 saya membangunkan tools untuk membantu saya trading dan sempena penjelmaan jenama saya yang baru ke arah teknologi IR4.0. Dari situ wujudnya jenama AlgoGold, Robot yang bercirikan AI (Artificial Intelligence) dan Alhamdulillah tahun 2020 ianya mula beraksi.

Persoalan, mengapa pada masa itu saya nak tukar kepada mood ke arah robot pula? Sebenarnya dari tahun 2011 dulu tu, saya dah EXPLORE BANYAK teknik dan membaca banyak buku untuk memuaskan hati saya ‘meneka’ atau predict pergerakan pasaran.

Memang pelik sikit kan bunyinya. Tapi ini jugalah prinsip yang turut saya apply untuk saya explore bidang CIVIL Engineering hinggakan mendorong saya mengambil exam PE (professional engineer) tahun 2010 dulu.

Saya mendapat 1 jawapan mengapa tiada consistency dalam trading! Untung – rugi – untung – rugi. End-up penat. So macam mana untuk nak consistent dalam dunia trading sebagaimana yang orang gembar-gemburkan yang trading ini boleh membina kekayaan?

Masalah EMOSI perlu saya selesaikan. Dan ia bukan masalah saya seorang malah masalah ramai orang lain. Jika anda tahu, 60% menyumbang kepada kegagalan trader adalah mindset yang berkaitan emosi. Hebat macam mana teknik pun, tapi jika trader gagal kawal emosi, hancurlah trading dia. 

So proses ‘menghidupkan’ AlgoGold adalah solusi untuk overcome masalah over trade , overconfident, dan segala ‘over’ yang trader tak mampu nak kawal. Sedangkan banyak dah ilmu yang saya explore.

Syukur pada tahun 2022 ini dengan adanya tools ‘CopyTrade’ Algo Gold bukan hanya membantu saya, malah ramai orang lain yang hendak keluar dari kepompong kemelut trading dan kesesakan kewangan akan dapat di bantu dengan adanya AlgoGold. Saya mula rombak corak pengajaran saya di mana yang tak pandai boleh join CopyTrade dan belajar dari cara AlgoGold entry.

Kemudian, baru ditambah dengan ilmu pengetahuan yang saya sharig dan kongsikan untuk tambah lagi kefahaman. Jika anda nak lebih lagi, boleh dapatkan silibus TG4M yang saya dah garapkan dalam bentuk DVD GTI (Gold Trading Intensive). Jika anda berdegil untuk belajar ilmu baru ini, ia takkan jadi sia-sia bila mana anda manfaatkan dan dapat ubah nasib hidup anda pada masa akan datang.

Posting asal dari teleram IrSofian.Com

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.