Bila dilihat nilai harga pembelian icon NFT ni versus niai pelaburan NFT (Non-Fungible Token), rasa memang tak masuk akal. Icon tu je $23Juta. Walau nampak macam jari atau orang pakai topi kain. Apa citer ni?
Sebelum ini kita dikejutkan dengan wujudnya matawang alam maya yang diterajui oleh Bitcoin. Pada awal kemunculannya, semua orang memandang sepi akan kehadiran ‘digital currency’ ini. Banyak yang buat tapi tak bertahan lama pun. Namun setelah tahun 2017, untuk memiliki 1 unit bitcoin anda memerlukan $19000, Ia tiba-tiba menjadi viral dan ramai orang secara tiba-tiba jadi semacam ‘gila’ untuk membeli Bitcoin.
Sanggup beralih dari pasaran emas kepada Bitcoin dek kerana mengejar trend nilai Bitcoin yang dijangka akan meningkat lebih tinggi. Lebih-lebih lagi pasaran emas pernah jatuh teruk pada 2011 hinga 2015. Jadi, memang tak salah lah bila ramai pelabur mula lari pada crypto currency ni pula.
Tapi, sudah terang lagi bersuluh hukum ‘buy at public participation’ adalah kebodohan yang tahap gaban apabila selama 2 tahun harga bitcoin yang berada di puncak $19600 turun mendadak ke $3100 untuk 1 bitcoin.
Bila Bitcoin mula jatuh, lepas tu muncul dan lahir bagai cendawan tumbuh selepas hujan ‘anak-anak’ coin yang nama dan simbolnya sukar difahami. Masing-masing sibuk nak ambil alih kepopuleran Bitcoin dan mencuba nasib termasulah di Malaysia sendiri. Ingat tak DSV dulu pun ada buat coin nama Lavida Coin?
Bitcoin wujud atas dasar tidak puashati apabila matawang negara yang boleh di print sesuka hati dan dimonopoli oleh sesebuah negara sahaja. Namun disebalik itu perlu juga di ingat bahawa, transaksi penukaran wang haram banyak disekat dalam transaksi matawang fiat money ini. Dari satu aspek, ini adalah positif.
Untuk membolehkan matawang digital ini diguna pakai, orang awam perlulah diyakinkan dengan sistem digital on line yang hebat dan tidak mudah dicerobohi oleh scammer dan hacker. Wujudnya block chain adalah sesuatu teknologi yang menyokong kepada keutuhan matawang digital ini. Namun kita jangan lupa bahawa, ianya juga dicipta oleh para programmer yang tahap dewa dan berkemungkinan besar juga mereka adalah hacker. Sehinggakan nama Satoshi Nakamoto pun hanya orang kenali sebagai nama yang tidak berjasad. Tak rasa pelik ka korang?
Kewujudan NFT yang di beri tajuk cerita kali ini pun perlu di renung-renungkan. Bayangkan sesuatu yang tidak boleh di pegang secara fizikal, ‘Sekeping’ gambar boleh dijual dengan harga 69 Juta Dollar! Ini catatan paling tinggi dalam sejarah. Dan banyak juga icon NFT ini yang dijual dan dibeli dalam lamannya.
Cuba bayangkan lukisan Monalisa yang dilukis oleh Leornado Da Vinci yang mempunyai 1001 makna disebalik lukisan tu yang berharga $850 Juta berbaloi untuk di miliki untuk ‘VALUE’ yang sebegitu tinggi darjatnya.
Pernahkah korang terfikir, Adakah manusia sudah hilang akal fikiran yang waras untuk memiliki asset yang tidak boleh dipegang dan ianya dijual dan dibeli dengan harga Jutaan Dollar? Adakah NILAI wang (cypto) yang sudah tidak berNILAI sehingga jumlah yang sebegitu tinggi yang boleh digunakan untuk membeli hartanah tetapi dibelanjakan ke arah sebegini?
Adakah ini adalah tanda akhir zaman yang bakal meruntuhkan sistem wang fiat yang bakal di ganti dengan wang emas dan perak? Adakah ini adalah petanda bahawa, keruntuhan matawang besar-besaran akan berlaku tidak lama lagi? Orang yang kaya dan ‘invest’ dalam sistem yang sukar untuk diterima akal ini akan runtuh bersama-sama dengan sistem yang dibina oleh orang yang anda tidak kenali yang berselindung di sebalik keyboard komputer.
Atau adakah orang yang banyak berfikir macam saya ini, yang di label sebagai orang yang ‘ketinggalan zaman’ tidak mengikut arus teknologi akan ditinggalkan dibelakang?