Indicator Parabolic SAR adalah salah satu indicator yang mudah untuk difahami dan sangat sesuai digunakan untuk scalping trader atau intraday trader.
Fungsi Parabolic SAR:
- Direction Market
- Entry signal
- Trailing Stop Loss
- Exit
Parabolic SAR adalah terbentuk melalui masa dan harga. Ia diasaskan oleh J. Welles Wilder Jr yang mana merupakan pengasas juga bagi salah satu indicator popular RSI (Relative Strength Index). Ia dinamakan parabolic kerana pembentukan titik-titik darinya membentuk seakan parabola pada harga pasaran. Dan SAR adalah panggilan pendek bagi Stop And Reverse yang mana pembentukan parabolic SAR ini akan membuat perubahan dari atas ke bawah dan sebaliknya. Parabolic SAR ini berbentuk dot (titik) dan berada di atas price atau bawah price. Dot SAR akan membuat perubahan dengan reverse pada bentuk perjalanan asal apabila anda signal entry pada pasaran.
Jika kedudukan dot parabolic SAR berada di atas harga pasaran, ia menunjukkan situasi pasaran sedang downtrend. Dan jika ia berada di bawah harga pasaran, ia menunjukkan situasi pasaran sedang uptrend.
Untuk entry, anda perlu tahu apakah pasaran sedang uptrend atau downtrend. Jika pasaran sedang downtrend, maka anda perlu tunggu hingga muncul dot SAR pertama di atas harga pasaran dan entry apabila candle tersebut sudah closing. Manakala, jika pasaran sedang uptrend, anda perlu tunggu hingga dot SAR pertama muncul di bawah harga pasaran dan entry setelah candle tersebut closing. Atau anda boleh entry bila mana candle tersebut beraja breakout pada dot SAR yang sebelum itu.
Selain dari menjadi tempat entry, Parabolic SAR ini juga boleh dijadikan sebagai Tradiling Stop Loss. Ingat tak dalam bab stop loss yang kami pernah kongsikan sebelum ini? Ia bermaksud stop loss yang bergerak di mana dot SAR tersebut boleh dijadikan level stop loss anda. Dan anda boleh ubah stop loss anda mengikut pergerakan dot tersebut. Apabila anda entry, anda boleh siap-siap setting kan stop loss di atas (untuk entry sell) atau di bawah (untuk entry buy) kawasan dot SAR tersebut.
Perlu anda ketahui bahawa Parabolic SAR ini juga mempunyai kelemahan oleh kerana ia merupakan indicator yang terbentuk selepas dari harga pasaran bergerak, jadi ia merupakan delay signal. Anda perlu mengesahkan dahulu dengan beberapa indicator seperti EMA200 atau lainnya sebelum membuat keputusan entry. Dan SAR ini juga tidak bole digunakan ketika pasaran sedang dalam keadaan tidak tentu arah, sideway.