Assalamualaikum wmt. wbkt.

Jika beberapa minggu lepas saya ada membuat sharing secara Live di FB Pages IrSofianFan berkenaa Bitcoin. Hari ini saya bawakan sedikit info kepada anda mengenai apa yang telah berlaku pada pasaran bitcoin baru-baru ini.

Bitcoin Drop 20%

Sebelum ini harga Bitcoin selalu dikatakan akan sentiasa meningkat dan menaik. Dan tak rugi jika anda melabur dalam Bitcoin. Namun, beberapa hari ini harga Bitcoin yang sentiasa meningkat itu tiba-tiba jatuh dan membuat penurunan hingga mencecah 20% daripada nilai harga tertinggi yang pernah dicatat sebelum ini.

Ia satu nilai yang sangat besar buat pelabur-pelabur Bitcoin kerana mereka mungkin aje boleh mengalami kerugian akibat penurunan harga Bitcoin ini. Bagaimanakah dengan mereka yang invest di dalam bitcoin dalam kuantiti yang sedikit? Bukankah mereka-mereka ini akan lebih terkesan dengan kejatuhan bitcoin?

Begitu juga dengan cryptocurrency yang seangkatan dengannya iaitu Ethereum yang mengalami penurunan akhir-akhir ini. Apakah sebenarnya yang berlaku pada cryptocurrency ini?

Seperti yang saya katakan sebelum ini, apakah asas pada Bitcoin ini yang membuatkannya akan sentiasa kukuh? Tak ada! Bagaimana anda boleh tetap kekal dengan investment anda pada bitcoin sekiranya ia tiada asas yang boleh menjadikannya setanding dengan investment yang lain?

Apa yang saya katakan ini bukanlah hanya sekadar 'omongan kosong'. Lihat aje guru saya iaitu Robert T. Kiyosaki yang turut menyatakan di dalam ruangan Facebook beliau bahawa Bitcoin ini bukan lah satu pelaburan yang selamat untuk anda hadapi krisis ekonomi yang dijangkakan melanda pada tahun 2018 nanti.

Oleh kerana putaran krisis dunia yang berlaku 10 tahun sekali ini mula menghampiri dan dijangkakan pada tahun 2018 ini adalah waktu kemuncaknya, maka apakah persediaan anda untuk menjamin kehidupan anda sewaktu krisis melanda?

Choose Safety Investment

Seperti yang saya pernah sebut dalam posting saya sebelum ini, anda perlu pilih investment yang membantu anda ketika kegawatan ekonomi berlaku kerana pada waktu tersebut sudah pasti akan ramai orang yang hilang pekerjaan, banyak rumah dilelong dan kereta ditarik akibat orang tidak mampu lagi untuk membayar hutang mereka. Jadi, sekiranya anda ingin membuat investment, apakah investment yang selamat untuk anda?

Bagi saya, jika anda nak buat investment, lebih baik anda melabur dalam hartanah (property) atau aset (gold) dan memiliki perniagaan sendiri. Hanya itulah yang dapat menjamin keadaan anda selamat ketika krisis ekonomi berlaku.

Jika anda bergantung kepada Bitcoin semata, adakah anda dapat yakin ia akan tetap kekal kukuh ketika ekonomi gawat? Sedangkan sekarang ini pun ia sudah mula menunjukkan tanda-tanda penurunan yang dahsyat. Lebih-lebih lagi ianya hanya pelaburan yang sangat tinggi spekulatifnya.

Oleh sebab itu, saya sentiasa menyeru kepada anda di luar sana supaya tidak menjebakkan diri dalam pelaburan yang tidak mempunyai asas yang kukuh. Walhal bukan mudah untuk anda mengumpulkan wang untuk pelaburan anda. Jadi mengapa anda perlu meleburkan wang anda untuk sesuatu pelaburan yang berspekulatif dan tiada asasnya?

Kini ada banyak dah cabang pelaburan yang anda boleh ceburi. Anda boleh pilih dari pelaburan yang selamat hingga yang berisiko. Dengan syarat anda kena melabur dulu dalam ilmu pelaburan tersebut. Tanpa ilmu, anda juga hanya merosakkan pelaburan anda.

Sebab itu juga saya selalu mengajarkan kepada student saya cara trading (#TG4M) dan buat analisa yang betul (#STS) tentang pasaran supaya apabila mereka masuk ke dalam dunia trading, mereka telah mempunyai ilmu yang cukup di dada dan mereka tahu menilai bagaimana untuk mengurangkan risiko di dalam pelaburan tersebut.

Sekarang ni pilihan ditangan anda.

Anda sendiri yang menentukan sama ada inginkan pelaburan anda berjaya atau tidak.

.

.

Dapatkan perkongsian saya tentang Bitcoin sebelum ini di SINI jika anda terlepas info tersebut.

Jangan lupa untuk SHARE pada rakan yang lain supaya kita semua dapat mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi krisis ekonomi dunia tidak lama lagi ni..

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.