Rahsia Pelaburan Emas
Emas adalah barang yang sangat bernilai kerana harganya tidak akan susut dan ia sentiasa meningkat setiap tahun. Walaupun harga emas ada naik dan ada turunnya, ia adalah sesuatu yang normal dan anda tidak perlu berasa takut dengan kenaikan dan penurunan harga emas.
Sebab apa?
Sebab dengan kenaikan dan penurunan harga emas ini anda dapat lihat rahsia yang tersembunyi disebalik pelaburan yang anda lakukan.
Pelaburan?
Ya.. Pelaburan yang pasti menguntungkan. Tapi, pastikan anda mempunyai ilmu tentangnya. Sekiranya anda tidak mempunyai ilmu, pelaburan jenis apa pun yang anda ceburi, pasti anda akan mengalami kerugian. Percaya atau tidak?
Anda nak tahu rahsia pelaburan emas? Jom kita lihat apakah rahsia pelaburan emas ni..
#1 Gunakan wang lebihan beli emas
Anda boleh gunakan wang lebihan anda untuk membeli emas. Bayangkan, setiap kali anda berbelanja, anda pasti akan mempunyai wang lebihan. Jadi, gunakan wang lebihan anda itu untuk simpanan beli emas. Apabila sampai tempoh 1 tahun, anda pasti sudah membeli seketul emas walaupun hanya 1 gram atau 5 gram.
Tapi, kalau anda rasa untuk menunggu selama 1 tahun agak lama, anda boleh aje gunakan wang lebihan and apabila cukup 3 atau 6 bulan. Ianya bergantung kepada nilai wang lebihan yang anda simpan. Jika banyak lebihannya, semakin cepatlah anda dapat beli emas anda.
Mungkin sebab anda pernah dengar orang kata, kalau nak melabur emas ni jangan tunggu-tunggu. Mulakan sekarang. Mulakan apabila ada wang yang cukup. Betul kan?
#2 Emas simpanan jangka panjang
Seronokkan jika anda mempunya sesuatu yang bernilai untuk simpanan jangka panjang? Jika anda menyimpan wang kertas, belum tentu lagi wang kertas tersebut boleh disimpan untuk jangka masa yang panjang. Sebab apa?
Anda pun tahu sebab apa. Pantang ada aje duit, mesti akan ada saja benda yang anda nak beli. Betul tak? Lagipun, wang kertas ni selalu saja ada cetakan terbaru. Lama-kelamaan orang dah tak guna wang kertas yang lama, gabenor lama. Betul kan?
Jadi, kalau anda nak simpan sesuatu yang bernilai dalam jangka masa panjang, emas lah jawapannya. Simpanlah berapa lama pun, ia tidak akan susut. Malah, jika makan tahun seperti 10 tahun, mungkin saja nilai emas anda sudah jadi dua kali ganda dari nilai waktu anda simpan dulu.
#3 Boleh digunakan semasa kecemasan
Pernah tak berlaku pada anda suatu keadaan di mana tiba-tiba anda perlukan sangat wang sebab ada kecemasan. Tapi dalam masa yang sama anda tidak mempunyai wang langsung.
Selalunya apa yang anda akan lakukan?
Mesti anda akan gunakan barang kemas anda untuk digadaikan demi mendapatkan wang. Betul tak? Kalau bukan barang kemas anda pun, mesti isteri anda sanggup untuk tolong anda dengan gadaikan barang kemas mereka. Betul kan?
Jadi, sekiranya anda mempunyai simpanan emas sendiri ianya sudah tentu dapat membantu anda di waktu kecemasan anda. Anda sudah tidak perlu bersusah payah untuk meminjam sana-sini. Anda boleh gunakan emas anda untuk tukarkan kepada wang dan selesaikan masalah anda.
#4 Emas melindungi kekayaan anda
Percayakah anda jika saya katakan emas ni sebenarnya melindungi kekayaan anda? Sekiranya anda mempunyai emas, ia boleh dijadikan sebagai ‘wealth protection’ untuk diri anda. Sebab apa?
Cuba anda bayangkan, jika anda mempunyai wang kertas dan emas. Yang mana satukah anda akan gunakan untuk dibelanjakan?
Sudah tentu wang kertas kan? Sebab wang kertas mudah sangat dibelanjakanlah sebab itu wang kertas tidak boleh dijadikan sebagai pelindung kekayaan anda. Cepat saja anda habiskan.
Tapi, jika anda simpan emas, bukan saja ia melindungi anda dari berbelanjakan ia, bahkan ia turut melindungi anda dari inflasi dan kejatuhan matawang.
Sekiranya berlaku inflasi dan wang kertas sudah tidak mempunyai nilai sangat, bukan kah emas anda tetap dapat mengekalkan kekayaan anda? Sudah tentu anda tidak akan menyesal membeli emas.
Tapi jika anda tidak membeli emas, sudah tentu anda akan menyesal sebab wang kertas anda sudah tidak mempunyai nilai. Bila dah inflasi, anda nak beli emas waktu itu pun dah terlambat. Oleh itu, jangan biarkan diri anda menyesal kemudian hari.
Ambil tindakan sekarang! Lindungi kekayaan anda.
#5 Tersenyum memantau harga emas
Sebab apa anda mampu tersenyum sewaktu memantau harga? Bukankah sepatutnya anda berasa takut sekiranya harga emas turun?
Macam saya katakan di awal tadi, memang suatu yang normal bagi harga emas untuk naik dan turun. Cumanya, untuk jangka masa yang panjang harga emas tetap dalam keadaan menaik.
Jadi, anda boleh tersenyum jika harga emas naik. Sebab sudah tentu ia seiring dengan meningkatnya kekayan anda. betul tak?
Tapi anda juga boleh tersenyum sewaktu harga emas turun, sebab anda boleh beli emas lagi. Beli dan beli lagi dan tambahkan kekayaan anda. Seronokkan?
#6 Pelaburan yang menguntungkan
Kalau anda tanya saya apakah pelaburan yang menguntungkan. Dengan yakin saya katakan bahawa emas adalah pelaburan yang menguntungkan. Anda boleh pegang kata-kata saya ini.
Anda sendiri boleh lihat perkembangan harga emas dari 10 ke 20 tahun yang lepas. Suatu peningkatan yang sangat memberangsangkan.
Jika anda dapat kenali dengan lebih mendalam tentang dunia pelaburan emas, sudah pasti anda sendiri akan teruja dengannya. Percaya cakap saya.
Anda boleh dapatkan info tentang emas di sini: