Pelaburan Emas Fizikal?
Sekarang ni saya lihat ramai orang yang nak menceburkan diri dalam bidang pelaburan emas fizikal. Mungkin ada lagi pihak-pihak lain yang tertanya-tanya apa tu emas fizikal? Sebab mungkin kedengaran agak pelik bagi mereka yang tidak pernah lagi terdedah lagi tentang pelaburan emas fizikal ni.
Oleh itu, di dalam posting saya kali ni, saya bagi pencerahan sedikit kepada anda di luar sana tentang pelaburan emas fizikal. Mana tahu dari posting saya ni akan ada orang yang berminat untuk keluar dari zon selesa dan mula untuk mengumpul kekayaan mereka? Betul kan?
Pelaburan emas fizikal adalah sebuah pelaburan yang dilakukan terhadap emas yang boleh dilihat secara fizikal atau nyata. Emas yang anda boleh pegang, boleh lihat, boleh belek, boleh simpan dan ianya milik anda sepenuhnya setelah berlaku akad jual beli. Anda berhak buat apa pun terhadap emas tersebut.
Oleh itu, apabila disebut pelaburan emas fizikal, anda boleh buang jauh-jauh pemikiran tentang dagangan emas (trading gold) yang melibatkan pasaran dua hala dan harus mempunyai platform untuk berdagang.
Sebab apa? Sebab kedua-dua pelaburan ini berbeza. Kalau anda terlibat dalam pelaburan emas fizikal, anda harus beli emas, simpan, pajak, tambah lagi emas, jual balik, beli lagi dan begitulah putarannya. Sudah tentu pelaburan emas fizikal memakan masa yang lama dan panjang berbanding pelaburan dalam dagangan emas.
Oleh itu, jangan pula anda mengada-ngada nak dapatkan keuntungan dalam masa sehari dua atau seminggu dua. Pelaburan emas fizikal tidak menjanjikan keuntungan untuk jangka masa yang pendek atau singkat. Kalau anda nak juga, pilih pelaburan dalam dagangan emas. Itu cerita lain.
Jadi, sekiranya anda berminat untuk melabur dalam pelaburan emas fizikal, apa yang anda perlu buat? Anda kosong dan baru lagi dalam pelaburan emas ni.
#Saya Newbie Lagi
Bagi newbie atau anda yang kosong lagi pasal pelaburan emas fizikal tapi berminat nak buat pelaburan, anda boleh dapatkan dulu informasi-informasi yang berkaitan dengan emas fizikal.
Info yang macam mana?
Anda boleh cuba untuk kenali dulu apakah itu emas fizikal. Bagaimana nak tahu ketulenan emas. Bagaimana nak buat ujian agar tak tertipu dengan emas palsu. Kenali dulu jenis-jenis emas dan karat emas.
Ambil tahu apakah scammer pelaburan emas dan macam mana taktik mereka menipu orang buat pelaburan. Dekat mana nak tengok dan baca harga emas semasa dan kedai-kedai atau pengedar emas yang mana jual emas dengan harga hampir-hampir harga emas semasa.
Semua ilmu ni penting untuk anda jika anda ingin menceburkan diri dalam bidang pelaburan emas fizikal. Kemudian, anda sudah boleh mula untuk membeli emas, simpan dan gunalah cara-cara tertentu untuk memaksimakan keuntungan dalam pelaburan anda.
Saya harap posting saya ini membantu dan mejawab pertanyaan anda yang ingin tahu tentang pelaburan emas fizikal. Sekiranya anda ingin dapatkan lagi info tentang pelaburan emas fizikal, anda boleh picit link di bawah ini: