Nak Melabur Emas?

 

Semua dah tahu yang emas ini adalah magnet kekayaan.  Sebab apa? Sebab emas ini nilainya akan semakin tinggi setiap tahun.

“Siapa ada emas, dia kaya”

 

Kalau anda lihat, harga emas pada 10 tahun yang lepas dan harga emas kini sangat jauh bezanya. Bagaimana pula harga emas pada 10 tahun akan datang?

 

Oleh sebab itu, ramai yang sudah membuka mata dan melihat emas ini merupakan satu elemen pelaburan yang sangat menguntungkan. Ramai yang bertanyakan kepada saya bagaimana nak melabur emas dengan selamat.

“Anda nak tahu tips melabur emas?”

 

Jadi, saya ingin kongsikan kepada sahabat semua yang di luar sana tentang tips-tips melabur emas dengan selamat. Bagi sesiapa yang nak mulakan pelaburan  emas ini atau yang nak info pasal cara melabur emas ini, anda boleh jadikan tips ini sebagai guideline anda.

 

1. Beli emas fizikal

ir-sofian-akademi-jl-beli-emas-fizikal

Kalau nak melabur emas, kenalah beli emas fizikal. Jangan pula buat pelaburan emas, tapi yang di dapatnya adalah kertas yang berisi angka sahaja.

 

Kalau rasa betul-betul nak melabur dalam emas, jangan buat pelaburan di bank yang berikan anda buku atau slip sahaja. Tetapi beli di kedai emas atau online yang boleh memberikan anda emas fizikal.

 

Apa guna ada kertas sahaja? Kertas tidak boleh dipajak gadaikan. Ia tiada nilai. Oleh itu, jangan salah dalam langkah pertama ini. Nak beli emas, dapatkan emas juga.

 

2. Beli ketika ada duit

ir-sofian-akademi-jl-beli-ketika-ada-duit

Ramai yang tanya bila boleh beli emas. Bagi saya, tidak payah nak tunggu bila, atau tunggu harga emas turun. Nak melabur, beli sahaja sekarang.  Beli ketika anda ada duit untuk beli.

 

Kalau anda dah beli emas, tak lama kemudian harga emas turun, anda beli sahaja lagi. Sekurang-kurangnya anda dah boleh kurangkan kos pelaburan emas yang pertama sebab dapat puratakan harga emas.

 

Tak faham?

 

Contoh, emas pertama anda beli RM2500 dan emas kedua anda beli harga RM1600. Jika anda puratakan kedua-dua harga emas ini, anda dah dapat kurangkan kos belian emas yang pertama menjadi RM2050.

 

Jadi, kalau anda nak jual, anda boleh jual semula lepas harga emas naik lebih dari RM2050. Tak perlu lagi anda tunggu sampai naik RM2500. Faham ke faham?

 

Mudah sahaja benda ini. Cuma anda perlu perlahan-lahan untuk fahamkan konsep puratakan harga ini.

 

3. Jangan laburkan kesemua wang

ir-sofian-akademi-jl-jangan-laburkan-kesemua-wang

Jika anda mempunyai peruntukan modal untuk melabur emas, jangan anda laburkan kesemuanya dengan membeli emas. Gunakan separuh-separuh.

 

Katakanlah anda beli emas sikit dulu. Kalau harga emas turun, anda boleh beli emas lagi. Tak adalah anda rasa menyesal habiskan kesemua wang beli emas sekali gus.

 

Dalam melabur ni, anda nak kena pandai guna strategi yang bijak. Jangan main tibai je labur semua. Kalau boleh buat secara berperingkat-peringkat. Beli sikit-sikit.

 

4. Jangan buat pinjaman

ir-sofian-akademi-jl-jangan-buat-pinjaman

Kalau anda nak melabur emas, saya tak berapa galakkan anda membuat pinjaman untuk modal pelaburan. Gunakan sahaja duit simpanan anda daripada duit simpanan anda duduk dalam bank.

 

Kalau anda rasa duit simpanan anda sikit, beli lah emas dalam kuantiti atau gram yang sedikit. Kalau anda rasa nak beli lebih besar, kumpul dulu duit. Dah ada duit, beli terus emas.

 

Jangan bersifat terlalu tamak dalam nak melabur ini. Kita kena ikut kemampuan kita. Melaburlah setakat mana yang anda mampu.

 

Kalau anda betul-betul nak melabur dengan banyak, guna strategi lain yang tidak memerlukan anda membuat pinjaman bank.

 

5. Beli emas yang kurang Spread

ir-sofian-akademi-jl-beli-emas-yang-kurang-spread

Kalau anda nak untung, anda kena beli emas yang susut nilainya atau nilai spreadnya rendah. Seeloknya dalam melabur emas anda jangan beli emas perhiasan sebab susut nilainya terlalu tinggi hingga 25%. Beli emas bar yang nilai spread nya rendah dari 7%. Lagi rendah lagi bagus.

 

Macam mana nak kira spread ni?

 

Harga jualan – Harga belian / Harga jualan X 100.

 

Saya bagikan contoh untuk anda mudah faham cara nak kira spread ni. Katakanlah harga jualan emas tersebut untuk 10g adalah RM1717.90 dan harga dia beli semlua emas tersebut adalah RM1664.40.

[RM1717.90 – RM1664.40] /RM1717.90 X 100 = 3%

 

Kalau nilai spreadnya rendah dari 7%  kira dah boleh untung banyaklah dari situ. Sebab itu, kalau nak melabur emas, bukan boleh main labur je. Ilmu kena mantap di dada. Barulah tak kena tipu dengan scammer.

 

 

6. ???

7. ???

ir-sofian-akademi-jl-why-stop

“Nak tahu apa sambungan tips ini??”

 

Anda boleh Klik SINI!

 

 

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.