Nak Melabur Tapi Modal Kecil?
Adakah anda berminat untuk melabur dalam pelaburan emas tetapi anda tidak mempunyai modal yang besar? Jangan risau, ada beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk memulakan pelaburan emas dalam modal yang kecil sahaja.
Tidak semestinya anda perlu tunggu sehingga anda ada duit yang banyak, baru anda boleh memulakan pelaburan dalam emas. Anda juga boleh mulakan sekarang!
#1 Beli Syiling Perak Dirham
Bagi anda yang belum lagi mengenali dunia pelaburan emas dan baru nak berjinak-jinak dalam dunia pelaburan emas ni, mungkin anda boleh mulakan pelaburan anda dengan membeli syiling perak dirham.
Ya..Perak adalah logam kedua yang bernilai selain emas dan harganya juga jauh lebih murah berbanding emas. Jika anda hanya mempunyai modal yang kecil, anda boleh mulakan pelaburan anda dengan membeli dirham dahulu, kemudian baru anda mula membeli emas.
Ia juga satu langkah yang bagus untuk anda yang inginkan pengalaman pertama merasai membuat pelaburan pada logam emas dan perak. Mungkin anda takut-takut nak beli emas, anda boleh mula dengan perak. Beli dirham dan jadikan ia satu motivasi untuk anda dapat menggenggam emas pula.
Tak salahkan kalau nak pasang niat? Walaupun modal anda tak besar, tapi anda juga boleh merasai pengalaman melabur dalam logam berharga ni. Rasailah perasaan yang sangat unik ini. Anda pasti jatuh cinta..
#2 Beli Emas Lama Atau Terpakai
Seandainya anda nak juga memulakan pelaburan emas anda dengan memiliki emas tapi modal anda kecil, anda boleh membeli emas lama atau emas terpakai yang masih dalam keadaan baik. Lebih elok lagi kalau anda pilih emas yang senang untuk dijual semula.
Emas terpakai tidak semestinya tak elok. Anda boleh pilih emas terpakai yang memang diterima pakai oleh mana-mana pengedar emas walaupun ianya kemek atau tercalar. Lagi pula, harga emas terpakai lebih murah berbanding harga emas baru.
Emas lelong juga adalah emas terpakai. Tapi, kalau anda nak beli emas lelong, pastikan dahulu ketulenan emas tersebut adalah betul-betul emas, bukan tiruan atau palsu. Sekarang ni dah ada macam-macam cara nak cek ketulenan emas, anda tak boleh nak jadikan ia satu alasan lagi.
#3 Beli Emas Bar 1 gram
Sekiranya anda mempunyai modal yang kecil seperti RM200, anda boleh mulakan pelaburan emas anda dengan membeli emas bar 1 gram.
Walaupun saya tak berapa galakkan anda untuk beli emas 1 gram sebab kos pembuatannya lebih mahal berbanding emas yang beratnya 10 gram, tapi kira okey lah tu anda nak mulakan pelaburan anda daripada anda tertunggu-tunggu untuk melabur. Cuma dari sudut pelaburan, lebih baik anda kumpul duit nya dulu, baru beli 10 gram terus.
Tapi saya faham. Nak tunggu duit banyak baru boleh beli emas, alamatnya berkurunlah tunggu. Dapat pula jenis orang yang simpan duit untuk beli emas, tup-tup ada aje benda lain yang memerlukan wang. Akhirnya duit kumpul untuk beli emas tu dikoreknya. Lepas tu, nak tunggu balik duit banyak, berjanggutlah kawan tu nak mula melabur emas. Setuju kan?
#4 Beli Syilling Emas 1 Dinar
Anda juga boleh memulakan pelaburan emas anda dengan membeli syiling emas 1 dinar sekiranya anda mempunyai modal dalam RM700 ke RM800. Syiling emas 1 dinar ni bersamaan dengan 4.25 gram.
Tapi selalunya harga untuk 1 gram dalam dinar lebih murah berbanding 1 gram emas bar sebab pengeluaran dinar adalah untuk tujuan pelaburan. Manakala pengeluaran 1 gram emas bar adalah lebih kepada tujuan untuk simpanan koleksi atau dijadikan hadiah.
Namun, pengeluaran dinar emas ada yang menggunakan emas 999 dan ada yang menggunakan emas 916. Anda sendiri boleh pilih untuk memiliki yang mana satu. Asalkan susut nilainya rendah dan ada sijil emas tersebut.
#5 Beli Emas Secara GAP
Selain dari apa yang saya sebutkkan di atas, anda juga boleh membeli emas secara GAP (Gold Accumulation Program) yang hanya ditawarkan oleh pengedar emas Public Gold. Di sini saya boleh lihat akan fungsi GAP ini sebenarnya sangat membantu orang yang benar-benar ingin melabur dalam emas tetapi tidak mempunyai wang yang banyak.
Modal yang mereka ada sekadar Rm170-Rm200 sahaja, tetapi mereka juga sudah boleh memiliki emas dengan sistem GAP ini kerana syarikat emas Public Gold menawarkan harga semasa bagi pembelian secara GAP ini. Lagi seronok bila emas yang dibeli boleh disimpan oleh pihak Public Gold tanpa anda perlu fikir kos nak sewa safe deposit box atau takut hilang di rumah.
Bagi anda yang tiap-tiap bulan cuma boleh peruntukkan sekadar RM200 sahaja untuk beli emas, anda boleh mula melabur menggunakan sistem GAP ini dan melaburlah secara konsisten. Cara ini lebih baik berbanding anda kumpul duit nak tunggu banyak baru nak mula melabur emas.
Saya tak pasti adakah syarikat pengedar emas yang lain turut menawarkan sistem GAP seperti yang dilakukan oleh Public Gold. Tapi, Kuwait Finance House (KFH) juga ada menawarkan sistem seperti ini. Cumanya anda tidak boleh membeli 1 gram emas, tapi anda harus mula membeli dengan 10 gram.
Jadi, saya rasa untuk pelabur yang hanya mempunyai modal yang kecil, memang tak sesuailah untuk membuat pelaburan emas dengan membeli di KFH. Tapi, kalau anda rasa wang modal anda cukup untuk 10 gram emas, anda boleh aje membeli emas di KFH. Ianya terpulang kepada anda.
#6 Beli Emas Guna Sistem Kutu Emas
Ada lagi satu cara yang anda boleh gunakan untuk mula melabur dengan moda kecil iaitu beli emas dengan menggunakan sistem kutu emas. Selalunya agen-agen dari pengedar emas yang akan menawarkan sistem sebegini. Mereka akan buka beberapa slot untuk anda main kutu emas. Cukup beberapa bulan, anda dapat emas anda.
Cumanya, kalau guna sistem kutu emas ni susah sikit anda nak tahu agen tersebut jual emas tulen atau tidak. Atau anda betul-betul akan dapat emas atau tidak. Yelah, zaman sekarang banyak scammer. Kenalah berhati-hati lebih sikit.
Kalau anda betul-betul kenal dengan orangnya, dan boleh dipercayai, anda boleh melabur dengan sistem kutu emas ni. Tapi kalau anda rasa tak yakin, anda boleh pergi aje kedai beli emas 1 gram. Tak satu 1 gram, beli 5 gram. Rasa ada lagi modal beli terus yang 10 gram, lagi bagus dan menjimatkan.
Atau pun, anda boleh main kutu dengan keluarga atau rakan-rakan anda. Main duit kutu seperti biasa tu. Bila sampai giliran anda, gunakan wang tersebut untuk beli emas. Haa.. mungkin cara ini lebih selamat sebab anda boleh kumpul duit secara konsisten. Kalau kumpul sendiri, belum tentu beli emas nya kan?
Apa pun, saya sangat salute kepada anda yang betul-betul ingin mencari peluang untuk melabur dalam emas. Walaupun wang anda tidak banyak, tapi anda cuba untuk merubah nasib diri anda dan melabur dalam emas.
Ya..Emas adalah precious metal yang sangat berharga dan saya doakan agar ia boleh jadi permulaan baik buat anda dan jadi magnet kekayaan buat anda. Beli sikit-sikit, lama-lama jadi bukit juga. Sedar tak sedar, anda dah ada banyak emas dah rupanya.
Selamat berjaya...
Anda boleh LIKE dan SHARE posting ini untuk munafaat sahabat yang lain juga.
Picit butang di bawah ini untuk tahu info lanjut: