Pasaran Emas

Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan Pasaran Emas London yang cuba untuk membawa kembali perdagangan niaga hadapan bagi emas dan perak. Setelah lebih 3 dekad, akhirnya emas kembali untuk mengambil tempat di dalam pasaran niaga hadapan.

Siapa di sini yang berminat nak tahu tentang kisah pasaran emas di London ni? Jika anda selami sejarahnya, perjalanan pasaran emas di London ni memang panjang. Anda boleh lihat bagaimana emas ni bertapak di sana dan menjadi salah satu pusat terbesar bagi emas.

Jom lihat sejarah kronologi di bawah ini tentang Pasaran Bullion London (London Bullion Market). Anda boleh lihat bagaimana orang-orang pada waktu dahulu cuba membangkitkan dan membangunkan negara mereka dengan pasaran emas.

Kronologi Pasaran Bullion London

1600's

1671

Perjalanan pasaran emas ini bermula apabila Moses Mocatta telah berpindah dari Amsterdam ke London dan menubuhkan ahli tertua Pasaran Bullion London (London Bullion Market/LBM) yang kini digelar Bank of Nova Scotia- Scotia Mocatta.

1676

Mocatta telah bekerjasama dengan East India Company dan membentuk rakan kongsi untuk menghantar emas ke India.

1694

Tertubuhnya Bank of England yang menjadi nadi bagi segala urusniaga emas untuk 300 tahun akan datang.

1696

Sir Isaac Newton menjadi warden bagi Royal Mint.

1696-1699

Emas telah mengambil tempat kemahsyuran. The Great Coinage di England secara sengaja telah mengubah penekanan duit syiling dalam peredaran dari perak ke emas dengan mengatasi emas. Mereka menjadikan emas sebagai peredaran utama di mana ianya berbeza dengan seluruh Eropah pada waktu itu yang masih mengekalkan pengeluaran perak hingga tahun 1850an.

England telah menjadi pasaran utama bagi emas yang menarik perdagangan dari luar negara dan mendorong penubuhan kilang penapisan awal untuk logam yang masuk ke London. Ia terletak berdekatan dengan Bank of England.

1699

Sir Isaac Newton menjadi master iaitu ketua bagi Royal Mint.

1700's

1717

Sir Isaac Newton yang merupakan ketua Royal Mint telah menetapkan harga emas pada £4.75paun per auns yang berlangsung selama 2 dekad iaitu 200 tahun.

1732

Peningkatan jumlah emas di London semakin tinggi dan sebagai tindak balas kepada permintaan tersebut, Bank of England telah membuka Gudang Bullion secara efektif sebagai peti besi emas yang  pertama di London.

Ia menjadi persimpangan logam berharga di London dan sangat penting untuk seluruh pasaran Eropah. Emas di gudang tersebut digunakan oleh akaun bank sendiri untuk menyokong isu nota bagi penghantaran ke Royal Mint serta logam untuk fabrikasi dan pedagang untuk dieksport semula.

Lebih kurang 60% atau 2/3 pengeluaran emas dunia telah melalui bandar London pada ketika itu.

1749

Royal Mint, Joseph Harris telah melantik King Assay dan John Lucas Assay dengan tanggungjawab untuk meluluskan emas yang diterima. Lucas mengesahkan kehalusan bullion pada resit.

1797

Bank of England telah menangguhkan pembayaran tunai nota bank nya dalam bentuk duit syiling emas untuk memenuhi kos peperangan Napoleon. Penangguhan tersebut berlangsung sehingga tahun 1821.

1800's

1811

Royal Mint telah berpindah dari Tower London ke tapak baru di Little Tower Hill yang terletak di timur laut Tower Hill. Dahulu kedua-dua tempat ini dikenali sebagai Harben.

1817

Royal Mint telah mengeluarkan duit syiling emas british pertama yangberdaulat. Ia menjadi simbol Pound Sterling pada abad ke 19. Ia menggantikan syiling guinea yang sama berat dengan 1/4 auns emas.

1848

Emas telah ditemui di Sutter’s Hill, California. Ia telah menyebabkan era emas di California bermula. Dunia emas turut berubah untuk penapisan emas dan broker di London.

Dalam tempoh 6 tahun emas yang diimport ke London telah meningkat 12 kali ganda kepada lebih 5 juta troy auns.

1853

Samuel Montagu telah menubuhkan Pejabat Bullion dan Exchange di Leadenhall Street yang telah mengukuhkan keupayaan kepakaran dan kecairan yang tinggi di London.

6 syarikat esar termasuk 5 orang yang akan (150 tahun kemudian) menjadi anggota pengasas Syarikat Penetapan Pasaran Emas London (London Gold Market Fixing Company) kini sudah ditubuhkan.

Mereka adalah 1) NM Rothschild & Sons sebagai jurubank dan penyuling/penapis, 2) Mocatta & Goldsmid sebagai broker, 3) Samuel Montagu & Co sebagai broker, 4) Pixley & Abell sebagai broker, 5) Sharps & Wilkins sebagai broker, dan 6) Johnson Matthey sebagai penyuling/penapis (kemudian sebgaai jurubank).

1871

Saiz bar telah bertukar. Antony de Rothschild telah memujuk Bank of England untuk menerima 400 troy auns iaitu 995 bar emas berbanding sebelum ini iaitu 200 auns bagi memenuhi permintaan daripada bank-bank pusat di Eropah untuk rizab dan duit syiling mereka sendiri.

1897

Penyelesaian perak pertama di pejabar Sharps & Wilkins di London yang dihadiri oleh Mocatta & Goldsmid, Pixley & Abell dan Samuel Montagu & Co. Penetapan itu telah ditetapkan pada jam 1.45petang hari isnin hingga jumaat dan jam 11.45pagi pada hari sabtu.

Proses harian digunakan oleh broker, syarikat perlombongan dan barang kemas untuk berdagang.

1900's

1900

Amerika Syarikat menyertai standard emas. Cuma China sahaja masih kekal dengan penggunaan perak.

1914

Bank of England telah membeli pengeluaran emas dari sumber Afrika Selatan dan Australia dan membuat penghantaran ke Britain (kemudian ke Kanada).

1919

Pada 12 September, Bank of England telah membuat perjanjian dengan NM Rothschild & Sons untuk pembentukan pasaran emas secara percuma di mana akan ada harga rasmi bagi emas yang dipetik pada satu hari.

Pada jam 11.00pagi, penetapan emas berlaku dengan 5 wakil dari Syarikat Penetapan Pasaran Emas London untuk membuat penetapan emas pertama.

Prosesnya beralih ke panggilan persidangan telefon pada tahun 2004. Peniaga yang bertemu di dalam bilik masing-masing mempunyai bendera Union Jack yang kecil untuk memberi isyarat untuk mengubah pesanan.

1920

Bank of England telah membuka klilang penapisannya tersendiri iaitu St Luke pada bulan November dalam usaha untuk mengurangkan caj penapisan London pada emas Afrika Selatan.

Emas bar telah dicap dengan imej Britannia dan tanda penapisan St Luke Bank of England. Tetapi ia telah ditutup dalam masa 3 bulan kerana pembangunan penapisan Rand di Afrika Selatan akan mengambil alih semua emasnya.

1921

Penapisan Rand di buka di Germiston. Emas pula dijual melalui bank dan Rothschild. Ia juga mempunyai logo Durban untuk penghantaran ke India.

Penapisan London pula telah mengalami kehilangan pengeluaran. Johnson Matthey hanya ditinggalkan dengan emas Rhodesian (Zimbabwe). H.L. Raphael ditutup sepenuhnya dan NM Rothschild menukar pengeluaran kepada logam lain.

1931

Britain telah melepaskan standard emas.  Nilai Pound Sterling menurun. Pelabur Eropah membeli emas bar dan syiling sementara pelabur India menjul emas mereka dalam kuantiti yang besar.

Bank of England memasang talian telefon terus ke Penapisan Emas London yang kekal hingga tahun 1968.

1932

Amerika Syarikat menghentikan eksport emas. Penukaran dollar kepada emas. Semua warganegara diperintahkan untuk menyerahkan semua emas kepada kerajaan Amerika Syarikat. Warga Amerika Syarikat tidak dibenarkan memiliki emas sendiri hingga tahun 1975.

Amerika Syarikat telah menetapkan harga tetap baru bagi emas pada $35 auns dan pejabat Assay Amerika Syarikat telah membeli sejumlah besar emas pada harga yang menyebabkan aliran masuk yang signifikan kepada Amerika Syarikat.

Senarai Penghantaran Baik London yang baru telah dicipta dan menjadi keutamaan. Ia menetapkan standard kualiti untuk bar emas Hasil perbincangan Bank dan Pasaran Bullion London, senarai tersebut telah diperluaskan untuk merangkumi 20 kilang di 8 negara. Ini adalah mercu tanda dalam evolusi pasaran emas London.

1975

Amerika Syarikat telah mengubah polisinya. Warganegara Amerika Syarikat telah dibenarkan memegang emas secara peribadi untuk kali pertama sejak tahun 1933.

1985

London Metal Exchange ditutup pasaran niaga hadapan emas selepas 3 tahun kerana kekurangan minat bagi pihak spekulator dan pelabur domestik.

1987

London Bullion Market Association (LBMA) ditubuhkan oleh Bank of England sebagai persatuan perdagangan antarabangsa untuk pasaran Bullion London yang mewakili dan mengawasi pasaran emas dan perak London.

1990

Dalam tempoh 10 tahun sejak tahun 190, pengeluaran emas Amerika Syarikat telah meningkat 10 kali ganda kepada 9.5 juta troy auns. Australian menghasilkan 15 kali ganda kepada 7.8 juta troy auns dan Kanada mengeluarkan lebih daripada 3 kali ganda kepada 5.4 juta troy auns.

2000's

2008

Harga emas memecahkan halangan pada harga $1000USD. Ia mencecah $1023.50 pada 17 Mac.

2010

Harga emas sekali lagi membuat kenaikan pada $1426USD per troy auns pada 7 Disember.

2011

Harga emas mencecah harga $1896.50 pada 5 September.

2015-2016

Deutsche Bank AG telah menarik balik perdagangan komoditi dan menarik diri daripada sistem panggilan persidangan yang digunakan untuk menetapkan harga perak setiap hari. Harga perak mula ditetapkan melalui lelongan elektronik. Lelongan elektronik tidak lama lagi telah menggantikan penetapan harga di pasaran emas, platinum dan paladium.

Pengawal selia mendapati peniaga telah memanipulasi kadar LIBOR (London Inter Bank Offer). Pengawasan semakin bertambah sebagai penanda aras yang ditetapkan.

2017

Menurut Pasaran Bullion London, konsortium bank dan Majlis Emas Dunia akan memperkenalkan Pusat Niaga Hadapan bagi emas dan perak.

Persatuan Pasaran Bullion London (LBMA) mengungumkan bahawa ia telah mengekalkan firma teknologi baru untuk mengawasi dan membangunkan perkhidmatan pelaporan perdagangan untuk meningkatkan ketelusan dalam pasaran di kaunter.

.

.

Amacam?

Panjangkan perjalanan pasaran emas di London?

Nampaknya LBMA dan bersedia untuk mengetengahkan emas untuk perdagangan niaga hadapan. Anda sendiri boleh lihat akan perubahan pada harga emas di dalam perjalanannya di atas tadi.

Harga emas semakin tahun semakin naik. Inilah yang saya suka pada emas. Tak rugi jika anda memiliki emas. Betul tak?

Bagi anda yang berminat nak tahu bagaimana nak buat duit dengan trading gold, anda boleh join program TG4M saya. Boleh daftar di link ni ye --> irsofian.com/tg4m

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.