Assalamualaikum wmt. wbkt.
Hari ni saya nak kongsikan kepada anda apa yang saya pernah kongsikan di ruangan Facebook saya sebelum ini iaitu berkenaan market gold yang membuat terjunan.
Saya rasa ia sesuatu yang sangat bermunafaat untuk saya kongsikan kepada anda kerana anda boleh lihat perjalanan market gold tidak lama lagi akan membuat perjalanan yang baru.
Gold Terkejut!
Pada minggu lepas, kalau anda nak tahu, market gold dunia telah membuat terjunan bebas. Sebelum ini saya menjangkakan yang gold akan mencari price $1300usd/oz sebelum membuat pendakian dan tidak akan lagi turun ke price tersebut.
Dan jangkaan saya tepat apabila gold membuat terjunan yang bukan sahaja mencecah $1300usd/oz, bahkan membuat lajakan hingga ke $1288usd/oz. Wow... Saya kira mesti ramai investor dan trader yang cemas, lebih-ebih lagi yang ada posisi buy dalam akaun trading mereka.
Manakan tidak cemas, kalau diharapkan gold akan tetap konsisten naik untuk perbaiki rekod buruknya pada beberapa tahun yang lepas, sekurang-kurangnya pada akhir tahun 2017 ni dah mula nampak cahaya baru untuk gold investor. Setelah sekian lama menunggu untuk mendapatkan keuntungan emas fizikal yang disimpannya, akhirnya peluang yang dilihat semakin cerah.
Tak lama lagi harga gold akan meningkat naiklah jawabnya. Siapa yang ada simpan emas memang berbaloilah tak lama lagi..
Semalam, perasaan cemas yang mendebarkan telah bertukar menjadi senyuman apabila gold mula membuat kenaikan drastik sehingga melebihi $20usd/oz. Ia merupakan salah satu catatan yang baik buat masa ini. Anda rasa, ke mana gold akan pergi selepas ini?
Banyak isu-isu global yang berlaku kebelakangan ini termasuk isu peperangan yang menyebabkan harga emas meningkat naik. Bagi penggear gold, sudah tentu ia adalah masa yang dinantikan untuk gold menjadi nombor 1 dalam kegawtaan, kecemasan dan ketakutan. Kan gold ni 'save haven'.
Saya ada share kan dalam program TG4M yang dianjurkan oleh Akademi JL pada ahad lepas yang jika market gold melepasi price $1300usd/oz, dia akan mencari harga keramat $1400 dan $1500 dan tidak akan kembali semula pada harga $1300. Sama seperti harga-harga yang pernah dicecah sebelum ini yang kemudiannya tidak lagi disentuh oleh price gold.
Tapi!
Ragam Mr. Market
Jangan lupa yang ini adalah market gold. Sudah sememangnya menjadi resmi tabiat market yang tidak suka duduk diam. Sebab tu kita panggil dia Mr. Market. Sebab kita tak boleh nak predict dia setepatnya. Mr. Market ni ada game dia tersendiri dan kita sendiri kena masuk dan tahu apakah permainan dia.
Dalam Mr. Market ni ada 'candlestick' yang menunjukkan harga pergerakan sesebuah pasaran tersebut. Termasuk gold. Tapi, apa yang menjadi terkilannya, orang kita ni kalau tengok aje 'candlestick' ni terus kata Forex. Kalau kita post pasal chart aje orang kata Forex. Teruslah lepas tu menjatuhkan hukum itu dan ini sedangkan setiap market ni memang diterjemahkan dalam bentuk candlestick untuk membolehkan catatan harga direkodkan secara sistematik dan mudah di interprete kan.
Sama macam zaman kita sekolah dulu-dulu, nak tengok perbandingan harga, kita buat bar chart yang tinggi-tinggi macam bangunan. Ada yang tinggi, ada yang rendah dan dari situ kita boleh lihat akan perjalanan atau perbezaan harga antara satu sama lain. Cuma dalam sudut paparan chart market, tak adalah kita nampak candlestick duduk sekata je kat bawah sebab harganya sangat volatile. Kadang jauh nak menampak ke nilai 0.00. Sebab tu dia lebih sesuai digunakan dengan simbol candlestick.
Tapi ada gak yang parah sebab bila tengok aje chart rasa nak pengsan sebab mereka ni dah tutup minda mereka untuk belajar dan takut nakbuka minta untuk tahu selok belok chart ni. Ada je orang panggil graf, tapi term tu langsung tak sesuai dan tak tepat untuk chart dalam market ni.
Macam dalam silibus matematik, kalau part buat graft aje, mesti ada yang pening kepala dan surrender. Rasa sangat susah sangat dan tak boleh nak hadam.
Tapi, inilah realitinya. Saya dah 10 tahun menghadap benda yang orang kata susah sangat ni. Dan selama 10 tahun ini jugalah saya dah menghadap pebagai karenah manusia. Sejak terlibat dalam bidang pelaburan emas ini banyak benda yang telah mendewasakan saya tentang perhubungan kita dengan manusia.
Apabila ada aje insan yang menitiskan air mata setiap kali berjumpa kerana menceritakan kisahnya terjebak dengan scam, terperangkap dan tidak mampu untuk lari ke mana dah dan akhirnya menanggung kerugian. Bukan sorang dua, tetapi banyak dah kes seperti ini terjadi.
Semua ini membuatkan saya terfikir yang semua ini terjadi kerana ramai lagi orang kita cuba untuk keluar dari kepompong hidup mereka dan ingin mencipta kejayan dan sejarah baru pula. Akan tetapi, dek kerana ada yang kurang ilmu, mereka ini telah diperdayakan pula oleh orang-orang yang mementingkan diri sendiri dengan cara mencipta money game.
Kenapa hal ini berlaku??
Salah siapa??
Selagi mana mereka hanya bergaul dengan kelompok manusia yang sama dengan mereka, selagi mana mereka tidak mendapat pendedahan untuk keluar dari kelompok mereka, selagi mana mereka takut untuk bertindak disebabkan kenangan pahit yang tercipta sebelum ini dan selagi mana mereka rasa seronok berada di zon selesa, selagi itu lah mereka akan kekal di takuk sama.
Mungkin akan terus ditipu lagi oelh scam yang lain pula dan terus menerus hidup dalam kesusahan. Orang kita ni lain pe'el nya. Dah tengantuk baru nak tengadah. Bila dah ditimpa malapetaka, barulah mereka tercari-cari jalan untuk menyelesaikan kemelut mereka itu.
Anda kena tahu yang DUNIA ini adalah ibarat pentas dan kita ibarat pelakon di atas pentas tersebut. Dan di pentas ini lah kita akan terus beraksi hari demi hari. Dan kita jugalah yang mencorakkan gaya persembahan kita.
Oleh itu, saya nak sampaikan pesan sikit pada sahabat semua..
Tambahkanlah ilmu di dada dan bangkit dari tidur yang lena. Jangan terlalu asyik dibuai mimpi yang indah sehingga anda lupa yang ianya hanya mimpi. Ada realiti yang harus dikejar dan diusahakan.
Rapatkanlah saf kita bagi memartabatkan lagi bangsa dan agama kita untuk anak cucu penyambung zuriat kita kerana mereka yang akan menumpang apa yang kita lakukan hari ni untuk generasi akan datang.
.
.
Jangan lupa SHARE pada sahabat yang lain ye..
Posting asal di SINI.
.
Lagi satu, saya sedang lancarkan satu kempen.. Jom sertai..
Kempen #CariDuitExtra