Wang Krypto?

Jika sebelum ini saya pernah menyatakan mengenai perihal Bitcoin yang merupakan salah satu wang krypto paling terbesar penggunaannya dalam posting saya sebelum ini. Kali ini saya ingin berkongsikan kepada anda semua mengenai larangan penggunaan wang krypto di Malaysia.

Haa???!!

Larangan??

Sejak dua menjak ini, wang krypto semakin tersebar luas penggunaannya di Malaysia sehingga kerajaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia cuba untuk memikirkan jalan penyelesaian bagi isu tersebut. Oleh kerana fenomena wang krypto ini tidak boleh dikawal selia oleh mana-mana pihak termasuk Bank Negara Malaysia, maka jika ada permasalahan yang timbul ia akan menyukarkan kesemua pihak.

Pada awalnya pihak Bank Negara Malaysia hanya meminta agar masyarakat lebih berhati-hati jika terlibat dengan jual beli wang krypto ini. Kerana wang krypto ini menggunakan konsep berasaskan anonymity iaitu di mana tiada orang ketiga yang akan mengetahui akan pemilikan dan urusan jual beli wang krypto tersebut. Tiada siapa yang akan tahu siapakah identiti pembeli dan penjual krypto tersebut.

Seperti yang saya pernah katakan sebelum ini, wang krypto ini tidak mempunyai satu pegangan asas yang kukuh yang membolehkan saya meletakkan kepercayaan untuk invest di dalamnya. Begitulah juga jika berlaku sesuatu terhadap urusniaga wang krypto ini, tiada siapa yang dapat membantu anda untuk mendapatkan kembali wang anda kerana  ia tidak dikawal selia oleh mana-mana pihak.

Larangan Penggunaan Wang Krypto!

Justeru, Malaysia mula memandang serius akan isu ini dan pihak Bank Negara Malaysia mula mempertimbangkan untuk memperhalusi akan isu penggunaan wang krypto tersebut sama ada penggunaannya akan dilarang di dalam Malaysia atau tidak.

Jika tidak, pihak Bank Negara Malaysia akan meletakkan garis panduan tertentu agar dapat menjamin pengguna wang krypto dari permasalahan yang timbul dari isu tersebut. Kita hanya akan mengetahui keputusannya pada penghujung tahun ini.

Lihat Negara Lain

Jika anda luaskan pandangan anda, cuba anda lihat akan negara-negara di luar sana seperti negara China. Mereka telah mengharamkan sebarang pengurusan transaksi wang krypto di negara mereka seperti Bitcoin. Larangan tersebut termasuklah meletakkan harga, membeli, menjual dan menawarkan produk insurans berkaitan bitcoin.

Selain itu, di India juga Reserve Bank of India (RBI) telah mengeluarkan kenyataan amaran menganai mata wang krypto apabila kerajaan mereka melihat akan risiko yang tinggi terhadap penggunaannya kerana wang krypto tersebut tiada nilai asasnya.

Begitu juga dengan negara Jepun yang telah menyatakan bahawa Bitcoin bukanlah matawang atau bon di negara tersebut berdasarkan Akta Perbankan mereka. Namun, tiada juga undang-undang yang melarang penggunaan wang krypto tersebut sehingga undang-undang berkenaan perniagaan dan pertukaran bitcoin telah dikuatkuasakan yang mengesahkan bitcoin dan seumpanya adalah wang virtual.

Bagi kerajaan Singapura pula, walaupun kerajaan tidak akan masuk campur dalam hal jual beli menggunakan bitcoin, namun kerajaan telah mengenakan GST terhadap servis menjual bitcoin dan cukai terhadap keuntungan yang diperoleh daripada bitcoin tersebut.

Sebenarnya, jika anda perhatikan, mana-mana negara juga takut apabila melihat trend wang krypto ini semakin berleluasa. Bukan kerana tidak menyukai dengan perubahan teknologi dalam penggunaan wang digital yang semakin maju. Tetapi kewujudannya yang tidak mempunyai asas yang kukuh menyebabkan risiko penggunaannya terlalu tinggi.

Jika jual beli emas, ia masih mempunyai asas yang kukuh di mana emas adalah dari hasil bumi yang kita lombong. Jika jual beli hartanah,  anda boleh lihat sendiri akan aset tersebut. Tetapi, apabila anda sebut pasal wang krypto, apakah asas bagi wang krypto yang menjamin kewujudannya???

.

.

Anda boleh lihat kembali posting saya sebelum ini berkenaan isu Bitcoin di SINI.

Bagi anda yang ingin belajar mengenai selok-belok pelaburan, anda boleh klik link ini --> mudahpelaburan

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.