TG4M Siri 31 Dah??

Alhamdulillah….

Saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana program yang saya dan team Akademi JL anjurkan telahpun mencecah ke siri ke 31.

Program Trade Gold For Money atau saya panggil ia dengan nama singkatan TG4M ini saya mula anjurkan pada tahun 2015. Kini, sudah 3 tahun program ini berlangsung sekali setiap bulan. Cuma untuk bulan 12 saya selalunya off.

So, untuk TG4M akan datang, iaitu pada 19 November ni adalah program TG4M yang terakhir bagi tahun 2017 ni. Bagi sesiapa yang berminat nak turut serta dalam program saya ni, anda boleh picit link TG4M ini dan daftar segera.

Bagi yang masih blur atau tak tahu mengenai program TG4M ni, saya boleh katakan yang program yang saya dan team Akademi JL anjurkan ini adalah untuk mengajar anda bagaimana nak buat duit setiap hari atau buat duit sampingan. Yang syoknya, selepas anda berjaya hadam ilmu TG4M ni, anda boleh buat duit sendiri dah.

Ada student saya yang buat duit beli barang dan peralatan sukan Iron Man dia. Ada juga student yang buat duit untuk bayar hutang arwah ayahnya. Ada yang buat duit semata-mata untuk pergi travel. Ada yang buat duit untuk duit poket semasa menunaikan ibadah haji. Malah, ada juga yang buat duit untuk menyara keluarga.

Anda pun boleh jadi seperti mereka.

Group Support TG4M

Untuk pengetahuan anda, sepanjang saya menjalankan program TG4M selama 3 tahun ni, saya dan team Akademi JL tidak pernah meninggalkan student saya begitu sahaja selepas program. Untuk memastikan student saya ni sentiasa berada dalam guideline yang betul, saya dan team Akademi JL telah menyediakan satu Group Support di dalam Telegram yang membolehkan mereka ini bertanyakan soalan di dalamnya.

Saya pasti, setakat belajar satu hari tidak akan menjamin mereka ini pandai keesokan harinya. Tapi, apa yang mereka perlu adalah satu ruangan untuk mereka bertanyakan kemusykilan berkenaan ilmu yang mereka cuba hadam dalam tempoh satu hari tersebut.

Sebab setiap orang ni cara penerimaan ilmunya berbeza-beza. Ada orang, bila dalam kelas dia tak nak bertanyakan soalan. Tapi bila balik, baru ada banyak persoalan timbul. Ada pula jenis dalam kelas faham. Keluar kelas aje mula lupa apa yang dipelajarinya. Betul tak cakap saya?

Oleh sebab itu, saya dan team Akademi JL menyediakan ruangan group support ini untuk membantu ahli baru TG4M memahami akan ilmu TG4M sebaiknya. Jika mereka ada sebarang persoalan, mereka boleh kemukakan dalam group support tersebut. Insyaallah, sama ada saya atau alumni TG4M yang lain akan tolong jawabkan.

Alumni Saling Membantu

Baru-baru ini program TG4M baru aje selesai untuk sesi bagi bulan ni. Saya sangat bersyukur kerana sepanjang program TG4M ini dijalankan, masih ada lagi insan di luar sana yang ingin mengubah nasib hidup mereka dengan cuba belajar buat duit dengan trading gold pula.

Sehari selepas program, saya lihat student kali ini sangat agresif bertanyakan soalan berkaitan ilmu TG4M dan saya juga melihat akan adanya pertolongan jawab dari alumni-alumni TG4M yang lain. Sebab utama mereka sanggup membantu support alumni baru adalah kerana mereka sendiri telah berjaya dan mencetak duit mereka sendiri. Dan kemudian, tiba masa mereka give back to the community.

Saya bersyukur kerana dengan adanya spirit kerjasama dan saling bantu membantu di bawah 1 guru. Spirit ini sangat penting kerana untuk berjaya dalam trading dan dalam hidup, setiap org perlu membuang perasaan 'selfish' dalam diri mereka.

Dan konsep 'bersyukur' yang di terapkan dalam silibus TG4M ini telah diterima pakai dan diamalkan oleh student saya. Saya juga gembira kerana melihat sudah semakin ramai student saya yang dapat memahami akan konsep TG4M ini dan boleh berkongsikan ilmu kefahaman mereka kepada alumni yang baru.

Inilah yang saya dapat banggakan apabila ada student saya yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan membantu ahli baru yang lain. Sebab apa?? Sebab dalam bertrading ni, kita bukan boleh trade seorang diri. Tapi kita perlukan jemaah yang saling support dan membantu antara satu sama lain. Supaya keputusan yang kita lakukan adalah tepat.

Anda boleh lihat antara komen yang diberikan oleh alumni di bawah ini:

.

.

Jom join TG4M last untuk tahun ni..

Jangan lupa SHARE pada rakan lain ye..

#TG4M

#irsofian

#CariDuitExtra

Please follow and like us:

Dapatkan Ebook 'Knowledge Trading' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.