Dah lama saya berkecimpung dalam bidang trading gold ni. Daripada saya trade untuk diri sendiri hinggakan saya buat modul dan ajarkan pada orang lain. Tahun demi tahun saya lihat setiap perkembangan dalam market gold hinggakan diri saya sudah sebati dengan market gold. 

Jika korang tanya saya kenapa saya pilih market gold, sedangkan banyak lagi market lain. Saya boleh cakap yang saya sememangnya sudah jatuh cinta dengan gold. Sejak dari saya menjadi pakar pelaburan emas dan perak. Gold ni sesuatu yang sangat bernilai, precious metal dan magnet kekayaan. Walaupun saya lelaki, tak salah untuk saya juga jatuh cinta dengan emas ni kan!

Alhamdulillah, ilmu berkenaan trading gold yang saya ada ni saya kongsikan bersama student saya yang join program TG4M saya.  Biarpun korang ni 'zero' pasal trading, tak jadi masalah kalau nak belajar sebab semua orang pun memang bermula dengan kosong termasuk saya..

Kalau nak diikutkan, saya lagilah tidak bernasib baik macam korang sebab masa zaman saya dulu mana ada guru yang boleh ajarkan saya tentang trading gold. Jadi korang patut bersyukur sebab ada saya untuk ajarkan. Dan sekarang ni saya nak kena cari pelapis yang boleh meneruskan perjuangan saya ini. Sebab tak selamanya saya akan hidup di dunia ni kan!

Jika dahulu saya buat kelas, pada awal tahun 2018 ni saya compile kan kelas TG4M dalam bentuk DVD pula. Supaya ilmu trading saya ini boleh disebarkan bukan hanya sekadar di dalam kelas, tetapi juga boleh dipelajari walau korang berada di rumah. Best ke sangt sangat best? Akan tetapi, kelas TG4M saya still lagi berjalan seperti biasa.  Jadi korang ada pilihan nak datang belajar atau nak belajar di rumah.

Bercakap pasal trading gold ni, saya selalu juga dihujani dengan soalan trading gold ni ada risiko tak?

 

Trading Gold

Saya boleh cakap yang setiap pelaburan yang dilakukan tidak kira dalam medium apa pun mempunyai risiko tersendiri termasuklah jika korang melabur di dalam market Gold. Tapi, jika korang inginkan pelaburan yang mempunyai jaminan, hanya ada satu sahaja pelaburan yang dijamin dengan keuntungan tahunan iaitu pelaburan di dalam ASB. Tidak kira pelaburan ASB mengalami keuntungan atau kerugian, pelaburnya tetap akan menerima dividen kerana kerajaan telah memberikan jaminan tersebut untuk mengumpulkan lebih ramai pelabur daripada kalangan rakyat.

Kan orang Malaysia suka simpan duit bawah bantal. Lagi-lagi orang kampung. Jadi ini aje solution dari kerajaan masa tu supaya dia orang menyimpan dalam bank. Sekurang-kurangnya bank ada modal untuk buat pelaburan mereka.

Tetapi, selain daripada ASB, korang perlu faham yang setiap pelaburan pasti ada untung dan ada rugi. Dan risiko itu memang perlu digalas dan ditanggung sendiri oleh pelabur. Saya suka untuk memetik kata-kata student saya yang sangat menusuk jiwa. 

"Nak berniaga apa pun kena ada risiko. Kalau takut dengan risiko, tak payah berniaga."

Ayat ini memang sangat tajam. Saya suka ayat ni. Tapi masih ramai lagi orang di luar sana yang berpemikiran sempit dan tidak terbuka. Bila kita suruh belajar, perkara pertama mereka akan tanya, berapa untung boleh dapat? Banyak ke modal nak kena keluar? 

Kalau korang nak untung tanpa rugi, itu mustahil. Kalau korang nak untung besar, tapi modal ciput, itu pun mustahil. Kenalah relevan apa yang korang nak dengan apa yang korang laburkan. Sebab kita buat pelaburan, bukan berjudi!

Kalau korang guna istilah macam tu, nak untung besar tapi nak keluar modal sikit je, korang sendiri memperjudikan wang korang. Kalau kita kerja pun gaji kena setimpal dengan kerja. Korang pun pasti tak puas hati dengan orang yang buat kerja sikit tapi bos bagi dia gaji banyak kan.

So, bagi orang yang melabur banyak termasuklah melabur dalam education pasal trading, dia lebih berhak peroleh banyak keuntungan berbanding orang yang tak ada belajar, tapi trade suka-suka. Sebab dengan ilmu trading  tu, dia dah boleh minimakan risiko kerugian. 

Trade dengan ilmu. Bukan dengan nafsu. 

 

Risiko Trading

Kalau korang nak tahu, setiap trading memang mempunyai risiko. Lebih-lebih lagi dunia trading yang mempunyai risiko yang sangat tinggi. Sebab ia membolehkan pelabur membuat duit dalam jangka masa yang sangat singkat. 

Anda perlu tahu, setiap entry yang anda lakukan kesemuanya berisiko. Tetapi adakah risiko ini tidak boleh dikurangkan?

Ya. Boleh!! Macam yang saya cakap tadi. Orang yang melabur dalam ilmu dapat kurangkan risiko kerugian berbanding yang tak ada ilmu.

Hanya dengan ilmu yang betul dan secukupnya baru korang boleh kurangkan atau minimakan risiko kerugian ini. Bukan bermaksud trading ni terus tak ada risiko. Risiko tu tetap ada di situ, cuma korang boleh minimakannya. Dan bagi saya ia bukanlah satu masalah bila keuntungan yang korang peroleh dan kerugian yang anda terima, hujung nya anda tetap untung secara keseluruhan. 

Sebab dari ilmu korang akan tahu macam mana nak buat entry terbaik. Dari ilmu juga korang akan tahu macam mana nak uruskan kewangan korang dengan baik. Dan dari ilmu juga korang tahu apakah yang korang kena lakukan dan elakkan semasa trading. 

Betul kan?!

Klik link bawah ni untuk dapatkan info kawal risiko eh..

 

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.