Bitcoin Jatuh Lagi??
Bila sebut pasal Bitcoin ni, rasanya saya dah pernah buat posting pasal Bitcoin ni tahun lepas. Iaitu semasa harganya jatuh 40% dari nilai semasa. Waktu tu masih ramai yang canang kata Bitcoin ni satu pelaburan yang bagus.
Siap masa harga Bitcoin jatuh tu, masih ada lagi kelompok yang cakap inilah waktu sesuai untuk beli Bitcoin sebab harga tengah rendah. Lepas tu boleh untung banyak.. Saya hanya mampu geleng kepala aje lah..
Sebab-sebabnya dah dah bagitahu pada posting saya sebelum ini kenapa anda perlu fikir 9X kalau nak invest dlm Bitcoin.. Siapa yang terlepas posting tersebut boleh klik SINI untuk baca semula ye..
Atau anda boleh tengok semula LIVE video saya berkenaan Bitcoin tersebut di bawah ni..
Bitcoin ?? Fikir 9 kali sebelum invest !irsofian.com
Posted by Ir. Sofian - Jutawan Logam on Isnin, 14 Ogos 2017
Bitcoin Buat New Low
Tapi kali ni, harga Bitcoin telah jatuh lebih dari 7.5% ke bawah USD$4,500 dan telah hilang hampir 1/3 nilainya dalam tempoh seminggu. Dan Bitcoin telah membuat new low iaitu nilai harga paling rendah pada tahun 2018 ini.
Sebab apa Bitcon jatuh kali ni?
Bukankah ramai yang cakap Bitcoin ni bagus? Sewaktu saya cakap yang Bitcoin ni tak ada asas yang boleh mempertahankan nilai Bitcoin ni seperti matawang lain, masih ramai lagi yang berpegang kata yang Bitcoin ni satu matawang digital baru yang akan meletop suatu hari nanti.
Sedangkan di mata saya, bukan setakat Bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) yang lain yang sebelum ini pun tak pernah berjaya untuk dijadikan sebagai satu pelaburan yang kukuh.
Sebabnya, selepas gagalnya satu, mereka akan wujudkan pula matawang kripto yang baru pula. Dan bagi saya tak mustahil kalau lepas Bitcoin ni jatuh, akan ada yang wujudkan nama lain pula untuk matawang kripto yang baru.
Selain mata wang yang bersifat maya ini tidak mempunyai asas yang kukuh, ia juga mudah dipengaruhi dengan spekulasi-spekulasi dari pelabur. Terkini, ramai pelabur telah menjual matawang digital mereka itu secara besar-besaran lebih-lebih lagi di US.
Sebab nya Bitcoin ini tidak diiktiraf sebagai matawang sebab masih belum mampu berdiri sebagai matawang. Jadi ia diletakkan di bawah pelaburan asset yang mana apabila seseorang melabur dalam asset, dan mendapat keuntungan, ia akan dikenakan tax terhadap keuntungan yang diperolehi. Ini apa yang berlaku kat US lah.. Malaysia ada buat macam tu juga ke?
Oleh sebab tu ramai pelabur US menjual Bitcoin mereka secara mendadak sebab tidak ingin dikenakan tax yang akan dicas pada mereka selepas tempoh setahun matang membuat pelaburan dalam Bitcoin. Tapi kalau nak diikutkan, tax untuk keuntungan dari short term investment lebih tinggi berbanding dengan long term investment.
Apa-apa pun, pelabur-pelabur ni rasa rugi kalau nak kena bayar income tax yang tinggi hasil dari keuntungan pelaburan mereka dalam Bitcoin dan matawang kripto yang lain. Sebab tu mereka menjualnya secara mendadak sebelum ia dikira dalam tax pada bulan April hadapan.
Jadi anda-anda yang sebagai pelabur kecil Bitcoin sudah tentu terkena bahananya kan.. Sebab jerung-jerung besar telah melepaskan pegangan mereka.
Scam Lagi
Lagi satu berita, yang ni bukanlah berkaitan peaburan Bitcoin yang dari dagangan. Tapi ia berkaitan 300 orang rakyat Malaysia yang rugi RM180 Juta sebab beli Bitcoin dari sebuah syarikat pelaburan Bitcoin di Malaysia. 300 yang buat aduan. Tapi yang melabur lebih 50,000 orang dalam tu..
Yang ni saya boleh katakan ianya adalah scammer. Siapa yang tak baca lagi posting saya pasal scammer ni? Saya ada kongsikan 15 Tips tanda scammer. Anda boleh klik SINI untuk baca eh..
Untuk buat pelaburan, anda kena tahu yang anda tak boleh main labur macam tu aje. Anda kena ada ilmu pelaburan. Rasanya dah berbuih-buih saya sebut pasal kena ada ilmu. Tapi siapa aje yang ambil perhatian dengan apa yang saya sampaikan..
Bila jadi kes seperti ini, ada yang kena scam, ada yang kena tipu, duit habis beribu-ribu. Korang nak salahkan siapa??
Saya rasa saya sendiri dah jalankan tanggungjawab sebarkan pasal scam dan berikan ilmu pasal pelaburan. Tapi nampaknya masih ramai lagi yang mudah ditipu. Sebab tu pentingnya ilmu untuk mengelakkan anda dari ditipu. Dan pentingnya juga ilmu pelaburan supaya anda tak buat pelaburan yang salah..
Anda masih percayakan BItcoin??
Apa kata kita tengok tahun 2019 pula.. Mana tahu ada sequel pula cerita Bitcoin ni tahun depan kan.. Mana lah tahu kejatuhan Bitcoin kali ini ramai yang sambut untuk beli sebab tengah murah kan..