Moving Average adalah salah satu indikator yang disukai ramai. Nama timangan atau nama pendeknya yg lebih terkenal ialah MA. MA ini tercipta hasil dari purata pergerakan harga bagi tempoh masa tertentu bergantung kepada sela masa dan period yang anda pilih.

Sebagai contoh, jika anda memilih timeframe H1 dengan MA50, ia menunjukkan 1 batang candle adalah 1 jam dan MA 50 mewakili 50 batang candle 1 jam = 50 jam. Mungkin anda dah pernah terbaca artikel tentang keistimewaan MA200 yang saya ada tulis sebelum ini. Jika anda terlepas, anda boleh baca balik bawah ni.

>> Apa Istimewanya MA200?

Berbalik semula pada kisah MA ini, jika MA anda gabungkan dengan pergerakan harga pada chart, anda boleh lihat keadaan di mana anda boleh entry sell atau buy. Pun anda boleh lihat sekal sama ada pasaran ada trend ataupun tidak.

Macam mana caranya untuk menterjemahkan MA ini dalam bentuk analisis? Mudah aje.

Sekiranya MA membuat persilangan atau crossing dengan harga pasaran, ada dua situasi:
1) MA crossing dan berada di bawah harga pasaran

2) Ma crossing dan berada di atas harga pasaran

Jom tengok situasi ini satu persatu.

Untuk situasi pertama (1):
MA berada bawah harga pasaran menunjukkan pasaran dalam keadaan uptrend. Selepas berlaku persilangan anda boleh entry buy sehingga MA membuat crossing semula.

Untuk situasi kedua (2):
MA berada atas harga pasaran menunjukkan pasaran dalam keadaan downtrend. Keadaannya sama seperti situasi pertama. Selepas berlaku persilangan, anda boleh enrty sell hingga MA membuat crossing semula.

Peringatan! Setiap indi ada kelemahannya tersendiri, begitu juga bagi MA. Indikator MA ini hanya sesuai digunakan ketika pasaran dalam keadaan ada trend. Jika dalam keadaan sideway, MA akan membuat persilangan atas bawah (chopping) dan ia tidak sesuai digunakan untuk entry.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.