Hasil dari artikel saya yang lepas berkenaan fibonacci, rupanya ramai yang nak tahu tentang cara nak appy fibonacci ini, nak tahu macam mana nak entry dekat swing price. Relaks dulu ye. Nanti saya akan terangkan satu persatu. Bagi anda yang terlepas artikel panjang tentang fibonacci, boleh klik artikel di bawah ini.

Sebenarnya fibonacci ada beberapa tools, tapi yang kerap digunakan adalah fibonacci expansion dan fibonacci retracement. Untuk artikel kali ini saya akan berkongsikan tentang fibonacci retracement kerana ia merupakan teknik yang sangat best tau apabila anda dapat kuasai.

Fibonacci Retracement ini adalah tools untuk anda ketahui di manakah tempat harga yang akan berlaku reversal atau pullback. Maksudnya, ketika pasaran sedang bergerak kan ada bentuk wave nya. Seperti wave menaik, wave menurun. Jadi bila pasaran dalam keadaan wave menaik, anda nak cari di manakah tempat harga akan turun sebelum terus naik semula. Seperti wave 1 dah ada, anda tunggu wave 2 untuk anda entry bagi tp di hujung wave 3.

Untuk itu, anda perlu tahu apakah trend bagi pergerakan pasaran tersebut. Saya akan bagi situasi jika keadaan pasaran dalam keadaan menaik di mana wujudnya High dan Low. Untuk mencari tempat harga reversal, anda kena tarik fibo retracement mengikut panjang wave menaik tu dan anda akan dapat tempat-tempat harganya. Saya rasa kalau saya terangkan macam ni susah untuk anda faham. Oleh itu saya akan serta beberapa gambar untuk penerangan dan pemahaman lanjut anda.

Ini adalah bentuk wave yang biasanya ada dalam pasaran di mana pergerakan harga menaik dan menurun. Namun untuk lebih detail ia mempunyai wave  impulsif dan korektif bagi setiap uptrend dan downtrend. Seperti contoh yang di bawah ini.

Jika pasaran dalam keadaan uptrend dengan wave impulsif sudah tentu anda tahu trend up mesti entry buy. Tapi di mana nak entry? Sebab itu anda akan gunakan fibonacci retracement untuk lihat di manakah tempat reversal iaitu corrective berlaku. Di situ anda entry buy dan letakkan tp seperti yg diberikan oleh fibo seperti contoh di bawah ini.

Level atau paras reversal yang anda boleh entry buy adalah 61.8, 50.0, 38.2 serta 23.6. Namun level 23.6 adalah level terakhir untuk tempat reversal. Jika pasaran bergerak melebihi dari level tersebut, maka ada kemungkinan pasaran merubah trend.

Manakala, level harga untuk tp pula adalah pada paras 127.2 sebagai tp 1, 161.8 sebagai tp 2 dan 261.8 sebagi tp 3. Maksudnya jika anda meletakkan pending order dengan entry pada level reversal, anda boleh letakkan level-level ini sebagai take profit anda terus.

Untuk keadaan uptrend, anda boleh tarik fibo pada wave impulsif dari harga tertinggi hingga terendah wave tersebut. Manakala jika situasi downtrend, anda boleh tarik fibo pada wave impusif dari harga terendah hingga tertinggi.  Baca je tak faham. Seeloknya anda terus cuba pada chart anda untuk fahamkan penerangan saya ni.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.