Siapa yang sudah baca posting saya tentang Merdekalah Malaysia Siri 1? Boleh klik bawah ini untuk baca. Ada 4 perkara yang saya kongsikan dalam posting tersebut berkenaan merdeka dan isu semasa.

Sebenarnya masih banyak lagi isu yang saya nak kongsikan berkenaan merdeka ini. Sudah separuh abad kita merdeka, dah lebih 60 dekad merdeka, namun lihatlah diri kita sekarang ini. Lihatlah negara kita sekarang ini. Adakah kita masih kekal merdeka?

PART 5

Dahulu, Malaysia bergelar Tanah Melayu. Selepas dijajah, bangsa Cina dan India di bawah masuk sebagai buruh. Namun, demi mencapai kemerdekaan kita terpaksa menerima mereka ini sebagai rakyat dan mereka perlu terima keistimewaan Melayu kerana ini tanah kita.

Tapi, jika Malaysia tanpa Melayu, apa yang akan terjadi??

Cuba bayangkan pula jika Melayu tanpa Islam?? Atau Melayu tanpa usahawan?? Boleh ke anda bayangkan jika di negara kita ini sendiri tidak ada Melayu yang menjadi usahawan? Apa yang bakal terjadi pada mereka? Jika Melayu yang ada pula tanpa Islam? Bagaimanakah hidup mereka?

Sebenarnya tidak kira berapa lama atau berapa puluh tahun kita merdeka, namun jika jiwa dan hati kita masih lagi terkongkong dan dijajah, sampai bila kita akan maju dan merdeka?

Kita tak boleh terus mengekalkan sistem yang telah dibuat oleh penjajah dulu di mana bangsa cina berniaga, india kerjakan ladang, dan Melayu??

Sebagai rakyat Malaysia, Melayu sepatutnya berusaha lebih keras untuk sama-sama bangkit menjadi bangsa berjaya di negara sendiri. Tanah tumpah darah sendiri.

PART 6

Belajar dari sejarah.

Kalau kita buka kembali buku sejarah, kita boleh lihat bagaimana jatuhnya sebuah kerajaan atau empayar Melayu ditangan penjajah dulu. Kita juga dapat lihat bagaimana penjajah ini menggunakan budaya kita untuk menakluki kita. Mereka menggunakan orang Melayu untuk mengalahkan orang Melayu. Lihat betapa lemahnya apabila kita boleh dibeli.

Dan apabila kita lihat bagaimana zaman dahulu orang Melayu menjaga bangsa dan raja, orang cina pua lebih kepada memegang duit dan orang kulit putih pula memegang kuasa.

Sepatutnya kita belajar dari sejarah bagaimana kita yang dulu dijajah dan ditindas. Dan sepatutnya pengajaran tu kita bawa dalam hidup kita sekarang ni. Sebab zaman sekarang penjajah menjajah kita menggunakan teknologi seiring dengan kemajuan teknologi. Lebih mudah menjajah fikiran berbanding tanah kedaulatan.

Belajarlah Dari Sejarah!

Posting ini diambil dari facebook personal saya Ir Sofian.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.